Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

55) PROJEK PENTERNAKAN LEBAH KELULUT

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peserta di bawah projek penternakan lebah kelulut?

    Jumlah peserta di bawah projek ternakan kelulut di Selangor sebanyak 780 orang dengan jumlah 3,036 log kelulut. Sabak Bernam mempunyai jumlah peserta tertinggi iaitu seramai 300 orang dengan 1,560 log kelulut.

  2. Senaraikan bantuan yang telah diberikan?

    Jabatan Pertanian memberi bantuan log kelulut bagi mengembangkan penternakan kelulut, tanaman bungaan bagi sumber nectar, pam penyedut madu, botol dan kotak hive.

  3. Apakah kekangan dan kelemahan projek ini?

    Antara kelemahan utama yang perlu diatasi adalah pengeluaran madu kelulut yang tidak konsisten. Oleh itu, Jabatan Pertanian sentiasa memantau dan memberi khidmat nasihat bagi penyediaan sumber makanan kelulut, aspek-aspek teknikal bagi hive kelulut dan kawalan penyakit dan perosak yang boleh mengurangkan pengeluaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.