Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

52) KONSEP HIJRAH SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah konsep Hijrah Selangor patuh pada syariah?

    Konsep patuh syariah Hijrah Selangor masih belum dapat dipastikan. Satu kajian Islamic Microfinance telah dilaksanakan oleh Universiti Teknologi Petronas dari Jabatan Management And Humanities. Kajian ini menyentuh tentang patuh syariah yang telah dilaksanakan dan akan dibentangkan pada Hijrah Selangor dalam masa terdekat.

  2. Nyatakan panel perunding syariah serta ahlinya sekiranya ada?

    Sehingga kini, Pihak Hijrah Selangor dalam rundingan untuk melantik panel syariah bagi merangka perlaksanaan konsep Hijrah Selangor.

  3. Adakah Kerajaan Negeri tidak berhasrat menukar konsep Hijrah Selangor kepada patuh syariah sepenuhnya?

    Pihak Hijrah Selangor dalam proses membuat penambahbaikan pada masa akan datang bagi melaksanakan konsep pinjaman patuh syariah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.