Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
50) WABAK DENGGI
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berikan statistik terkini kes denggi di Selangor mengikut daerah?
Laporan situasi Denggi di negeri Selangor secara kumulatif bagi tahun 2017 pada Epid 28 iaitu sehingga 15 Julai 2017 adalah 29,394 kes telah direkodkan. Manakala bagi tempoh yang sama untuk tahun 2016 mencatatkan kumulatif kes sebanyak 33,111 kes. Jumlah kes Denggi bagi tahun 2017 menunjukkan pengurangan sebanyak 11% iaitu sebanyak 3,717 kes berbanding 2017.
Kumulatif kes kematian pula adalah sebanyak 46 kes sehingga 15 Julai 2017 iaitu pengurangan sebanyak 0.4% berbanding tahun 2016 iaitu pengurangan 2 kes bagi tempoh yang sama. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan kes denggi dan kematian bagi tahun 2016 dan tahun 2017 mengikut daerah.
DAERAH ME 27/2016
ME 28/2016
KUMULATIF KES KUMULATIF KEMATIAN 2017 2016 2017 2016 Petaling 336 314 9,076 14,033 9 18 Hulu Langat 350 484 9,018 6,798 20 17 Klang 181 162 4,881 5,237 5 6 Gombak 140 144 3,338 3,468 7 2 Sepang 39 40 1,362 1,182 1 1 Kuala Langat 23 21 812 1,034 1 1 DAERAH ME 27/2016
ME 28/2016
KUMULATIF KES KUMULATIF KEMATIAN Hulu Selangor 26 9 452 733 2 2 Kuala Selangor 11 17 334 432 1 1 Sabak Bernam 6 2 121 199 0 0 JUMLAH 1,112 1,193 29,394 33,111 46 48 -
Nyatakan sasaran penurunan kes denggi sehingga Disember 2017?
Setiap tahun Kerajaan Negeri mensasarkan penurunan kes denggi dan kes kematian di negeri Selangor berbanding tahun sebelumnya memandangkan pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh semua pihak.