Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
44) BAIK PULIH RUMAH PANGSA KOS RENDAH
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mohon nyatakan jumlah Rumah Pangsa Kos Rendah (RPKR) di Selangor yang berada di bawah kawalan kerajaan negeri dan jumlah unit serta penghuninya.
PPR yang berada di bawah kawalan Kerajaan Negeri yang diuruskan oleh Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) adalah seperti berikut:
- PPR Kota Damansara (Sek. 8, Petaling Jaya) Kadar penghuni terkini =1145 unit daripada 1152 unit
- PPR Kg. Baru Hicom (Sek. 26, Shah Alam)Kadar penghuni terkini = 933 unit daripada 980 unit
- PPR Seri Kiambang (Serendah) – 300 unit Kadar penghuni terkini = 125 unit daripada 300 unit
-
Berapa banyak peruntukan baik pulih RPKR yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk tempoh lima (5) tahun lalu
Peruntukan bagi kerja baikpulih RPKR adalah diuruskan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) manakala tanggungjawab PHSSB adalah melibatkan pengurusan dan penyelenggaraan harian bangunan merangkumi mekanikal dan elektrikal, pembersihan dan pengurusan sampah, kawalan keselamatan dan sivil struktur. Berikut adalah senarai kerja pembaikan yang dilaksanakan oleh Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) seperti di lampiran A LAMPIRAN
SENARAI KERJA PEMBAIKAN YANG DILAKSANAKAN
OLEH PHSSB
PPR KOTA DAMANSARA (MEI 2013 – JULAI 2017)
- Membaikpulih dan menaiktaraf lif yang sebelum ini hanya satu unit lif sahaja berfungsi di setiap blok dan kerap mengalami kerosakan
- Membaikpulih “railing” koridor dan tangga yang hilang dan reput
- Membuat kalibrasi ke atas sistem elektrik
- Mengecat semula keseluruhan bangunan yang luntur
- Menaiktaraf dan membina tempat letak motorsikal dan ditambah dengan lampu untuk keselamatan
- Memasang CCTV
- Memasang dan mengganti lampu koridor dan lampu tangga yang hilang dan rosak
- Memasang dan mengganti pintu-pintu bilik sistem elektrikal yang rosak
- Pemasangan kabel bumi
- Pemasangan penangkap kilat
- Membaikpulih pam dan tangki air yang bocor
- Membaikpulih sistem perpaipan dan “waterproofing”
- Menaiktaraf padang permainan
- Membina pagar untuk meningkatkan keselamatan penduduk
- Pemasangan “barrier gate”
- Menaiktaraf jalan dan tanda jalan
- Menanam pokok dan menaiktaraf landskap untuk kehidupan yang lebih kondusif
- Penggantian tong sampah domestik yang telah uzur
- Pembersihan dan pembaikan unit kosong secara berperingkat
- Penggantian tingkap tangga dari tingakp “naco” kepada “casement”
- Membaikpulih penutup longkang yang rosak
- Membina landskap di laluan masuk PPR
- Memasang “signage” PPR
- Pemasangan tile di lobi lif
- Melaksanakan aduan kerosakan unit dan kawasan umum
PPR HICOM (SEPTEMBER 2014 – JULAI 2017)
- Membaikpulih dan menaiktaraf lif
- Membaikpulih tangki yang bocor
- Pemasangan “barrer gate”
- Pendawaian semula kabel bumi
- Pemasangan CCTV di dalam lif
- Memasang penutup longkang “concrete pre-cast” dan “iron railing”
- Membaikpulih lampu jalan
- Membaikpulih “pavement laying”
- Membaikpulih pagar di kawasan loji kumbahan
- Membaikpulih loji rawatan kumbahan (STP)
- Membaikpulih taman permainan
- Menaiktaraf “line parking” untuk OKU
- Pembersihan dan pembaikan unit kosong secara berperingkat
- Melaksanakan aduan kerosakan unit dan kawasan umum
PPR SERENDAH ( 1 MAC 2015 – JULAI 2017)
- Pembersihan unit dan memasang halangan di pintu dan tingkap bagi unit kosong
- Pembaikan unit kosong secara berperingkat
- Membaikpulih tangki bocor dan rumah pam
- Membaikpulih pondok pengawal
- Membaikpulih pagar masuk
- Melaksanakan aduan kerosakan unit dan kawasan umum