Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
42) JAMBATAN KE 3 KLANG FASA 2
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah progres pembangunan projek?
Status terkini projek ini adalah sedang dalam proses Pengambilan Balik Tanah (PBT) dan cadangan pengambilan ini telah dikemukakan pada Pejabat Daerah dan Tanah Klang untuk penilaian harta.
-
Berapa nilai projek?
Anggaran kos keseluruhan projek termasuk, kos pembinaan, kos Pengambilan Balik Tanah (PBT), kos pengalihan utiliti dan lain-lain kos yang terlibat adalah berjumlah RM390 juta. Anggaran kos ini diperolehi hasil daripada Makmal Pengurusan Kejuruteraan (Value Engineering) yang telah diadakan pada 19-21 April 2017.
-
Adakah kerajaan telah menyiapkan tempat ganti warung MPK yang perlu dirobohkan bagi tujuan memberi laluan untuk projek ini diteruskan?
Kerajaan bersetuju untuk menggantikan warung MPK di kawasan baru yang telah dikenalpasti dan status terkini adalah dalam proses Pengambilan Balik Tanah (PBT) oleh Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Kerja-kerja. Pembinaan warung baru MPK ini hanya akan dilaksanakan semasa kerja-kerja pembinaan Jambatan Ke-3 Klang Fasa 2 diluluskan.
- MAKLUMAT TAMBAHAN
Fasa I Fasa II Tajuk Projek
Membina Jambatan Ke-3 Klang, Daerah Klang,
Selangor Darul Ehsan
Menaiktaraf Jalan Penghubung Jambatan Ke-3 Klang Dari Persiaran Raja Muda Musa Ke Lebuhraya Selat Klang, Daerah
Klang, Selangor Darul Ehsan
Status
Pengambilan
Balik Tanah
(PBT)
Selesai
Status terkini projek ini adalah sedang dalam proses
Pengambilan Balik Tanah (PBT) dan cadangan pengambilan ini telah dikemukakan pada Pejabat Daerah dan Tanah Klang untuk penilaian harta.
Profile Projek
1. Konvensional Perunding – Vast Consultant Sdn Bhd
2. Kontraktor – Cergas Murni Sdn Bhd
3. Tarikh Mula Pembinaan – 17 Julai 2014
4. Tarikh Siap Semasa – 15 Jun 2017
5. Kos Kontrak Pembinaan
– RM 225 juta
1. Konvensional Perunding – Perunding Zaaba Sdn Bhd
2. Kontraktor – Belum dilantik
3. Tarikh Mula Pembinaan – Belum ditentukan
4. Tempoh Pembinaan – 36 bulan
5. Kos Kontrak Pembinaan – Belum ditentukan (Anggaran pembinaan berdasarkan VE
– RM308 juta)
Skop Projek
1. Panjang keseluruhan jajaran : 2525 m
2. Bahagian Selatan –
Menaiktaraf Jalan Sg. Bertih sepanjang 421 m dan pembinaan 1 persimpangan berlampu
1. Panjang keseluruhan jajaran : 4400 m
2. Segment 1 (Bahagian
Selatan) – Menaiktaraf
Jalan Sg. Bertih sepanjang 2.8 Km
3. Pembinaan elevated ramp
isyarat di Jalan Sg. Bertih ( di bawah approach Jambatan)
3. Panjang keseluruhan struktur jambatan: 1247 m
4. Bahagian Utara – Menaiktaraf jalan dan pembinaan jalan baru dari Jalan Tanjung Syawal ke Jalan Goh Hock Huat sepanjang 857 m serta pembinaan 1 persimpangan berlampu isyarat di Jalan Goh Hock
Huat
ke Persiaran Raja Muda Musa 4. Persimpangan bertingkat (elevated structure) di persimpangan Teluk Pulai / Sg Udang
5. Segment 2 (Bahagian Utara) – Membina elevated ramp dari Jln
Tanjung Shawal ke Lebuhraya Selat Klang sepanjang 650 m
FASA I
Trafik Kapasiti
Berdasarkan kajian trafik yang telah dijalankan, pembinaan keseluruhan projek Jambatan Ketiga Fasa I dan II ini akan menjadi satu alternatif bagi meredakan limpahan trafik di Jambatan Tengku Kelana dan Jambatan Musaeddin sediada. Merujuk kepada data yang diperolehi, jumlah isipadu trafik semasa di Jambatan Kota adalah mencecah sehingga 167,000 buah kenderaan sehari dengan Level Of Services (LoS) F pada waktu puncak manakala isipadu trafik bagi Jambatan Tengku Kelana sebanyak 44,000 buah kenderaan sehari.
Dengan pembinaan Jambatan Ketiga Klang ini bagi Fasa I & II, isipadu trafik yang tertumpu kepada kedua-dua buah jambatan tersebut akan berkurangan 20% bagi Jambatan Kota dan sebanyak 40% bagi Jambatan Musaeddin.
Traffic Management Plan (TMP)
Kawalan lalu lintas dan prosedur keselamatan dalam pembinaan jalan dan jambatan adalah wajib sesuai dengan klausa JKR Arahan Teknik 1.20 (Penyelenggaraan jalan yang ada & Perlindungan lalu lintas) di JKR I SPJ I 1988. (Spesifikasi kerja Standard Road). Justeru, JKR telah melaksanakan Traffic Management Plan (TMP) sepanjang tempoh pembinaan supaya prosedur keselamatan dan gangguan trafik dapat dikawal.
Pelan pengurusan lalu lintas adalah penting untuk memastikan operasi rangkaian jalan raya yang lancar di tapak kerja dan keselamatan pengguna jalan raya / pekerja. Kontraktor perlu menyediakan pelan TMP dan laporan setiap suku tahunan TMP sepanjang tempoh pembinaan.
Biasanya, tapak pembinaan akan disediakan dengan papan tanda amaran terlebih dahulu sebelum kawasan kerja sebenar dimulakan. Sebagai contoh, jika lorong telah ditutup, anak panah berkedip besar boleh digunakan untuk memberi amaran kepada kenderaan awam untuk bergerak ke arah laluan yang telah ditentukan supaya tidak mengganggu kerja-kerja pembinaan.
Road Safety Audit (RSA)
Audit Keselamatan Jalan (RSA) ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai keberkesanan rekabentuk jalan dan mengenalpasti jajaran jalan / jambatan yang akan mempengaruhi keselamatan pengguna jalanraya. Proses auditan ini dilaksanakan dalam semua peringkat mulai dari peringkat rekabentuk sehingga projek siap
Terdapat 5 peringkat RSA yang perlu dilaksanakan bagi menilai keberkesanan rekabentuk iaitu:-
- Peringkat 1 (Stage 1) – Peringkat kajian kemungkinan (Feasibility Study)
- Peringkat 2 (Stage 2) – Peringkat kajian rekabentuk awalan (PreliminaryDesign Stage)
- Peringkat 3 (Stage 3) – Peringkat rekabentuk terperinci (Detail DesignStage)
- Peringkat 4 (Stage 4) – Peringkat pra pembukaan jalan dan pemantauan selepas pembinaan iaitu dalam tempoh 12 bulan dan 36 bulan)
- Peringkat 5 (Stage 5) – Peringkat audit keselamatan jalan di atas jalan sedia ada.