Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

39) ISU KESELAMATAN STRUKTUR PANGSAPURI INDAHRIA

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini isu keretakan di parking disekeliling Pangsapuri Indahria di Seksyen 22 Shah Alam?

    Merujuk kepada kenyataan pengerusi Badan Pengurusan Bersama Indah Ria, JMB telah memfailkan saman kepada Pemaju Shanghai Realty Sdn Bhd di Mahkamah Seksyen Shah Alam pada 09hb September 2015. Untuk makluman, kes tersebut masih dalam prosiding Mahkamah dan menunggu untuk pendengaran kes.

    Pihak Majlis telah membuat kajian teknikal bagi mengenal pasti punca berlakunya keretakan di tempat letak kereta. Kajian dilaksanakan oleh Tetuan Ikram Perunding Geoteknikal yang dilantik oleh Majlis. Kajian telah siap sepenuhnya pada tahun 2014. Kos kajian geoteknikal berjumlah RM1,019,312.03.

  2. Apakah faktor penghalang untuk isu ini diselesaikan, memandangkan ianya mengundang keselamatan nyawa kepada penduduk sekitar?

    Isu keretakan tidak boleh diselesaikan oleh pihak Majlis kerana ia berlaku di dalam kawasan Pangsapuri Indah Ria iaitu kawasan pentadbiran persendirian dan ianya diselenggarakan oleh Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body/ JMB) atau Perbadanan Pengurusan (Management Corporation/MC) maka Majlis tidak boleh dan tidak wajar mengeluarkan sebarang kos untuk pembaikan kerosakan di dalam kawasan pentadbiran JMB atau MC kerana ia merupakan kawasan persendirian. Kewajipan Majlis hanya untuk membaiki kerosakan di kawasan awam pentadbiran Majlis.

    Pihak MBSA telah menghantar surat bertarikh 31hb Januari 2013 kepada pihak pemaju Shanghai Realty Sdn Bhd untuk mengarahkan beliau untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas kes tanah mendap di kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Indah Ria dalam tempoh 2 minggu berdasarkan Laporan keputusan Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor tetapi masih tiada tindakan yang diambil oleh pihak pemaju. Dan pemaju telah menghantar surat bertarikh 08hb Februari 2013 kepada Majlis Bandaraya Shah Alam berkenaan keengganan pihak pemaju untuk bertanggungjawab ke atas kes tersebut.

  3. Apakah fungsi Unit Bencana dalam isu pencegahan bencana dari berlaku?

    Fungsi Unit Bencana yang lebih dikenali sebagai PANTAS dalam menangani isu pencegahan bencana dari berlaku adalah seperti berikut :-

    1. Mengoperasikan Bilik Gerakan Kecemasan dan Bencana o Setiap PBT perlu mempunyai BIlik Gerakan Kecemasan dan Bencana. o Talian Bilik Gerakan perlu berfungsi 24 jam setiap hari.  o Menerima, merekod dan menyelaras aduan kritikal perkhidmatan PBT dan aduan kecemasan dan bencana. Contoh: Jalan rosak teruk, tanah mendap, runtuhan, kebakaran dan lain-lain.  o Menyelaras komunikasi dan bantuan di dalam pelaksanaan operasi bantuan kecemasan dan bencana.
      • Penyediaan laporan dan kemaskini rekod kejadian dan tindakan terhadap aduan kecemasan dan bencana. o Menerima aduan perkhidmatan biasa PBT dan diselaraskan mengikut tatacara pengurusan aduan awam PBT.
    1. Bertindak sebagai Pasukan Bantuan Awal (first responder) di dalam memberi bantuan Kecemasan dan Bencana. o Bergerak ke lokasi aduan mengikut tempoh masa (response time) yang ditetapkan.  o Memberikan bantuan kecemasan dan bencana kepada mangsa sekiranya pasukan keselamatan lain belum tiba.  o Kawalan lalulintas dan keselamatan di tapak kejadian sebelum pasukan keselamatan tiba.
      • Membuat penilaian risiko dan situasi. o Laporan awal situasi kecemasan dan bencana dan perancangan bantuan kecemasan.
    1. Membantu agensi keselamatan lain di dalam melaksanakan tindakan bantuan kecemasan dan bencana
      • Bentuk bantuan yang boleh diberikan:
        • Rawatan kecemasan dan menyelamat mangsa
        • Kawalan lalulintas dan keselamatan
        • Daftar dan rekod mangsa Pemulihan keadaan persekitaran
        • Komunikasi bersama pelbagai Agensi Penyelamat  dan Keselamatan
    1. Penyelarasan bantuan kecemasan dan bencana merangkumi aspek logistik, kepakaran dan kebajikan o Logistik
    • Pusat Kawalan Tapak Kejadian (PKTK)

    – Khemah, kerusi dan meja, whiteboard, tandas bergerak, Pejabat bergerak, Pas Keselamatan

    • Penyediaan Peralatan Menyelamat
    • Penyediaan Tempat Pemindahan
    • Penyediaan Jentera
    • Pengangkutan o Kepakaran
    • Teknikal Infra, Kesihatan Persekitaran o Kebajikan
    • Kepada Petugas
    • Kepada Mangsa (sekiranya tidak diselaraskan oleh pihak JKM)
    1. Mengoperasikan Pusat Informasi Kecemasan dan Bencana di Pusat Kawalan

    Tapak Kejadian o Merekodkan kehadiran agensi keselamatan, tetamu dan pihak media.

    • Mengemaskini maklumat dan informasi operasi bantuan, situasi kejadian dan mangsa. o Menyalurkan maklumat yang tepat kepada orang awam, tetamu dan pihak media (tertakluk kepada kebenaran ketua pegawai operasi-MKN20)
    • Mengoperasikan pusat informasi dari mula sehingga berakhir kejadian.
    1. Penyelarasan pemulihan tempat kejadian.
      • Memantau dan menyelaras tindakan pemulihan tempat kejadian.

Lampiran

Tiada Lampiran.