Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
38) PREMIS PERNIAGAAN DI BAWAH PBT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Peratus pemberian mengikut kaum.
Berikut adalah peratus pemberian lesen premis perniagaan mengikut kaum di PBT masing-masing :
PBT PERATUS PEMBERIAN LESEN PERNIAGAAN OLEH PBT MENGIKUT KAUM
MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN MBSA 79.0 15.0 6.0 0 MBPJ 16.3 49.2 6.2 28.3 MPK 50.0 30.0 20.0 0.0 MPAJ 78.0 20.5 1.5 0 MPSJ 24.7 67.6 4.4 3.3 MPS 28.7 57.7 9.9 3.7 MPKj 38.6 39.7 4.1 17.6 MPSp 85.0 6.0 9.0 0.0 PBT PERATUS PEMBERIAN LESEN PERNIAGAAN OLEH PBT MENGIKUT KAUM
MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN MDKL 48.0 45.8 5.7 0.5 MDHS 42.6 44.9 11.6 0.9 MDKS 61.37 30.0 7.08 1.55 MDSB 33.0 63.5 3.0 0.5 JUMLAH 535.27 439.9 68.48 56.35 Nota: Sumber maklumat daripada setiap PBT.
-
Peratus pelanggaran syarat untuk tahun 2016 serta apakah bentuk tindakan yang telah diambil?
Secara keseluruhannya, peratus pelanggaran syarat berdasarkan lesen yang dikeluarkan oleh PBT bagi tahun 2016 adalah sebanyak 6.76 %. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut :
PBT BILANGAN LESEN DIKELUARKAN 2016 BILANGAN PELANGGARAN SYARAT PERATUS (%)
MBSA 946 67 7.1 MBPJ 23,400 1,071 4.6 MPK 1253 126 10.6 MPAJ 15,700 581 3.7 MPSJ 26,148 112 0.4 MPS 16,400 2,000 12.2 MPKj 19,659 2958 15.0 MPSp 338 37 10.9 MDKL 6740 930 13.8 MDHS 420 0 0 MDKS 580 0 0 MDSB 5381 26 0.5 JUMLAH 116,968 7,908 6.76% Nota: Sumber maklumat daripada setiap PBT.
Tindakan yang boleh diambil ke atas pelanggaran syarat adalah:
- Mengeluarkan Notis Peringatan (tempoh matang 14 hari);
- Sekiranya tiada bayaran dalam tempoh ini, Notis Penamatan (tempoh matang
- 30 hari);
- Dalam masa ini, pihak Jabatan akan membuat semakan akaun peniaga. Jika tiada bayaran, Notis Kunci premis (tempoh matang 7 hari) akan dikeluarkan (kebiasaan peniaga akan datang berbincang dan menjelaskan bayaran); iv. Jika tiada bayaran dibuat, surat penamatan dan pembatalan lesen perniagaan (tempoh matang 14 hari) dikeluarkan;
- Jika tiada bayaran juga, tindakan mengeluarkan notis sita (tempoh matang 3 hari) akan dikeluarkan;
- Selepas 3 hari, tindakan mengunci premis dan notis mengosongkan premis akan ditampal supaya peniaga mengosongkan premis dan menyerahkan kunci premis kepada Jabatan;
- Jika perlu, surat tunjuk sebab akan dikeluarkan bagi mendapatkan penjelasan daripada peniaga;
- Jika tiada maklumbalas daripada peniaga, notis ambilalih sebagai pemberitahuan bahawa premis ini telah diambilaih oleh PBT. Premis ini akan diiklankan semula untuk peniaga baharu yang berminat untuk menyewa premis ini;
- Tindakan merampas cagaran dan kontrakan tunggakan akan diambil.
-
Apakah mekanisme untuk memastikan peniaga adalah penama kepada premis mereka?
Mekanisme yang digunakan oleh PBT dalam memastikan peniaga adalah penama kepada premis mereka adalah seperti berikut:
- Semasa permohonan lesen dikemukakan kepada pihak PBT salinan dokumen seperti pendaftaran SSM dan perjanjian sewaan merupakan dokumentasi yang wajib dikemukakan kepada pihak PBT; dan
- Bagi memastikan samada pengusaha/ ahli yang menjalankan aktiviti di premis berkenaan, semakan penama yang berdaftar akan dibuat bagi mengelakkan lesen perniagaan yang dikeluarkan tidak disalahguna atau dipindahkan kepada orang lain tanpa kebenaran pihak PBT.