Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

36) JUMLAH PINJAMAN YANG TELAH DILULUSKAN KEPADA PENGUSAHA OLEH KERAJAAN NEGERI DALAM PROGRAM HIJRAH SELANGOR.

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah bilangan yang telah diluluskan ?

    Jumlah bilangan permohonan yang telah diluluskan adalah sebanyak 38,821 orang dengan jumlah pinjaman sebanyak RM 237,751,500.00

  2. Berapa peratusan yang telah dikutip balik oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Peratus pembayaran balik adalah sebanyak 82.14%.

Lampiran

Tiada Lampiran.