Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

25) CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah GST yang dibayar oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri masingmasing pada 2016.

    Berdasarkan rekod Perbendaharaan Negeri, jumlah bayaran GST yang telah dibuat oleh Jabatan yang diberi peruntukan oleh Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sepanjang pada tahun 2016 adalah seperti berikut:-

    Jadual 1: 

    Jumlah Bayaran GST Oleh Jabatan Yang Diberi Peruntukan Oleh

    Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2016

    Bil. Kategori Perolehan Bayaran GST (RM)
    1. Perolehan Pelbagai Perkhidmatan Dan Kerja 84,261,362.40
    2. Perolehan Kerja

    (Khusus Bagi Projek MARRIS Kendalian PBT)

    11,852,154.31
      Jumlah Besar (RM) 96,113,516.71
  2. Nyatakan jumlah OUTPUT TAX yang telah di pulangkan.

    Berdasarkan dokumen GST Guide For Input Tax Credit yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 25 April 2013, seseorang yang berdaftar di bawah kerangka GST Malaysia adalah dikehendaki untuk mengenakan GST terhadap output dibuat untuk pelanggan iaitu barangan dan perkhidmatan yang layak dikenakan cukai. Beliau adalah layak untuk menuntut semula sebagai kredit terhadap apa-apa kenaan GST ke atas belian yang menjadi input kepada perniagaannya. Tuntutan semula itu adalah bagi mendapatkan semula Input Tax yang telah dibayar dan bukan untuk mendapatkan semula Output Tax kerana pada asasnya Output Tax tidak layak dituntut semula. Proses tuntutan semula ini wujud bagi mengelakkan proses percukaian berganda (double taxation) di mana hanya nilai tambah (added value) di setiap peringkat sahaja dicukaikan.

    Sebagai makluman, perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan yang menerima sepenuhnya waran peruntukan dari Kerajaan Negeri Selangor adalah dikategorikan sebagai di luar skop kenaan GST selaras dengan maksud Seksyen 64 (1), Akta Cukai Barangan Dan Perkhidmatan 2014 yang berbunyi seperti berikut:-

    Non-Application To Government

    64 (1) This Act shall not apply in relation to any supply of good and services made by-

    • The Federal Government and State Governments, unless the

    Minister otherwise directs by order published in the Gazzette; or

    • Any local authority or statutory body in respects of its regulatory and enforcement functions.

    Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri tidak pernah mengemukakan tuntutan atau menerima apa-apa pemulangan Input Tax.

  3. Nyatakan jumlah GST yang dikategorikan sebagai pengecualian bagi kerja-kerja infrastruktur yang masih tertunggak

    Untuk makluman Yang Berhormat, satu-satunya pengecualian atau relief dari kenaan GST untuk perolehan kerajaan pada masa ini adalah dalam perolehan bekalan (supply) sahaja dan pengecualian ini hanya layak dinikmati oleh Jabatan di bawah Kerajaan Negeri. Justeru, kesemua perolehan kerja bagi infrastruktur atau projek fizikal yang dilaksanakan oleh Jabatan di bawah Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri adalah tertakluk kepada kenaan GST pada kadar enam (6) peratus mengikut Akta Cukai Barangan Dan Perkhidmatan 2014.

Lampiran

Tiada Lampiran.