Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
18) PINJAMAN/BIASISWA KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pinjaman SUK untuk pelajar IPT yang telah diluluskan dari 2008 hingga sekarang?. Berapa pelajar yang dapat manfaat?
Sejak tahun 2008, Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor telah meluluskan Pinjaman Pelajaran kepada seramai XXXX pelajar yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM155,976,351.
-
Berapakah pinjaman yang telah ditukar kepada biasiswa sejak 2008?
Jumlah pinjaman pelajaran yang telah dilupuskan sebagai biasiswa sejak tahun 2008 adalah berjumlah RM11,393,708 dengan pecahan mengikut tahun seperti berikut:
TAHUN JUMLAH (RM) 2008 – 2009 728,634 2010 789,372 2011 773,723 2012 18,375 2013 1,407,812 2014 1,964,265 2015 1,977,351 2016 2,529,295 2017 1,204,881