Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

15) ISU PEMUTIHAN PREMIS HARAM BESI BURUK

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah premis haram yang masih beroperasi di setiap PBT?

    Bilangan premis besi buruk atau barang kitar semula tanpa kelulusan yang masih beroperasi di setiap PBT adalah sebanyak 441 premis. Perincian premis mengikut PBT adalah seperti berikut:

    PBT BILANGAN PREMIS HARAM YANG MASIH

    BEROPERASI

    MBSA 47
    MBPJ 32
    MPK 167
    MPAJ 15
    MPSJ 0
    MPS 47
    PBT BILANGAN PREMIS HARAM YANG MASIH

    BEROPERASI

    MPKj 33
    MPSp 13
    MDKL 57
    MDHS 9
    MDKS 21
    MDSB 0
    JUMLAH 441

    Nota : Sumber  maklumat daripada setiap PBT

  2. Apakah KNS mempunyai rancangan untuk pemutihan premis besi-besi buruk yang tidak ditempatkan di lokasi yang ditetapkan oleh PBT?

    Setakat ini Kerajaan Negeri tiada satu program khas bagi memutihkan premis ini khususnya di luar kawasan industri. Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan berdasarkan aduan daripada orang awam.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga dalam proses perbincangan untuk meneliti dua (2) cadangan berikut:

    • Membenarkan sebahagian daripada aktiviti kitar semula ini beroperasi di kawasan komersil.
    • Mengeluarkan lesen perniagaan sementara kepada premis, sementara menunggu kelulusan permit daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan sokongan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
  3. Adakah tempoh maksima masa yang di tetapkan oleh PBT untuk premis itu dipindahkan?

    Sama seperti di SUB(b)

Lampiran

Tiada Lampiran.