Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

7) INFRASTUKTUR LEBUH RAYA

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah konsesi lebuh raya yang telah diluluskan di Negeri Selangor?

    Terdapat lima (5) konsesi lebuhraya yang telah diluluskan di Negeri Selangor iaitu:

     

    BIL.

     

    LEBUHRAYA

     

    KELULUSAN

     

    1. Lebuhraya Pantai Barat (WCE) November 2005
    2. Lebuhraya Damansara – Shah Alam (DASH) Mei 2012
    3. Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) Mei 2012
    4. East Klang Valley Expressway (EKVE) Mei 2012
    5. Lebuhraya Putrajaya – KLIA (MEX II) April 2000

    Manakala Lebuhraya Paroi – Senawang – KLIA – Salak Tinggi (SKLIA) masih dalam proses bawah Seksyen 4 untuk tujuan kajian lanjutan ukur dan siasatan tanah.

  2. Apakah konsesi lebuh raya yang masih dalam perancangan di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri pada masa ini tidak mempunyai perancangan untuk meluluskan pembinaan lebuhraya baru di Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.