Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
3) WIFI SMART SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sasaran pencapaian Wifi Smart Selangor hingga Disember 2017?
Sehingga kini terdapat sebanyak 3,239 lokasi hotspot WiFi Smart Selangor di Negeri Selangor iaitu peningkatan daripada 2,981 hotspot pada tahun 2016. Pemasangan WiFi Smart Selangor disasarkan mencapai jumlah sebanyak 4,
Pemasangan semula hotspot yang sedia ada ke lokasi baru, terutamanya di kawasan luar bandar, juga sedang giat dalam pelaksanaan bagi memastikan pemasangan WiFi Smart Selangor tidak hanya tertumpu di kawasan bandar. 100 lokasi hotspot di seluruh negeri Selangor menjelang Disember 2017.
-
Apakah tahap liputan Wifi Smart Selangor mengikut pecahan perbandaran dan luar bandar?
76% pemasangan hotspot WiFi Smart Selangor yang sedia ada adalah tertumpu di kawasan yang terletak di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perbandaran Klang. Pemasangan hotspot disasarkan kepada kawasan yang berkepadatan tinggi para belia dan tempat tumpuan ramai oleh itu peratusan yang lebih tinggi di kawasan perbandaran adalah sejajar dengan perangkaan taburan penduduk di Negeri Selangor iaitu 93% daripada penduduk berada di kawasan bandar, termasuklah kawasan berpendapatan rendah di dalam bandar, dan 7% di kawasan luar bandar di mana penembusan jalur lebar adalah 79% di Negeri Selangor. (Sumber: Data Asas Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia).
Bagi memastikan jurang digital di kawasan luar bandar dapat dikurangkan, pemasangan semula hotspot yang sedia ada ke lokasi baru sedang dilaksanakan bagi memastikan kawasan berpendapatan rendah dan kawasan luar bandar dapat mengambil manfaat daripada projek WiFi Smart Selangor ini.
-
Apakah rancangan Negeri dalam pengaktifan semula Wifi percuma di balai raya JKKK?
Bagi memastikan jurang digital di kawasan luar bandar dapat dikurangkan, pemasangan semula hotspot yang sedia ada ke lokasi baru sedang dilaksanakan bagi memastikan kawasan berpendapatan rendah dan kawasan luar bandar dapat mengambil manfaat daripada projek WiFi Smart Selangor ini.