Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

2) PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI UNIVERSITI ISLAM MADINAH (UIM)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program ini masih diteruskan?

    Program ini tidak diteruskan.

  2. Apakah Kerajaan bercadang mengadakan perbincangan dengan pihak UIM bagi menambah kuota pelajar?

    Kerajaan Negeri tidak mengadakan perbincangan dengan pihak UIM bagi menambah kuota pelajar. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah memutuskan supaya penumpuan diberi kepada universiti dalam negara bagi Ijazah Sarjana Muda al-Quran dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab.

  3. Apakah kaedah pemantauan bagi memastikan pelajar ini kembali dengan ajaran dan pemikiran yang betul dan wadi'ie?

    Pemantauan berkala dilaksanakan seperti:

    i. Pemantauan Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor yang berpusat di Mesir.

    ii. Pemantauan dari Kedutaan Besar di Arab Saudi

    iii. Pemantauan melalui persatuan pelajar di Madinah serta hubungan lasngsung secara maya dengan pegawai dari JAIS.

Lampiran

Tiada Lampiran.