Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

227) HUB PENGANGKUTAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Butiran terperinci sebarang analisa kos faedah dalam segala aspek bagi Selangor dengan penubuhan terminal bersepadu pengangkutan seumpama di Gombak, sebarang cadangan membina lebih banyak hub pengangkutan sebegitu dan anggaran kos pembinaan secara purata

    Pembinaan Terminal Bersepadu Gombak (ITT) merupakan projek Kerajaan Persekutuan yang bertujuan untuk menampung perkhidmatan bas ekspres bagi koridor Timur serta membolehkan pengalihan lebih daripada 400 buah bas daripada memasuki kawasan pusat perdagangan. Lokasi ITT Gombak dipilih berdasarkan kepada kebolehcapaian pelbagai mod yang mudah terutamanya ke stesen LRT Gombak.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tidak mempunyai akses kepada maklumat yang berkaitan, iaitu butiran terperinci analisa kos dan sebagainya seperti yang dimohon. Kerajaan Negeri juga belum mempunyai perancangan untuk melaksanakan pembinaan hub pengangkutan sebegitu berdasarkan faktor kewangan Negeri yang terhad bagi kegunaan projek-projek yang lebih penting dan perlu diutamakan.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.