Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

224) GARIS PANDUAN GATED AND GUARDED DI TAMAN PERUMAHAN DI BAWAH KAWALAN PBT

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila membekalkan garis panduan terbaru untuk mewujudkan Program Gated and Guarded di kawasan taman perumahan untuk Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

    1. Majlis Perbandaran Kajang menggunapakai Pekeliling Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor Bil 1 Tahun 2016 – Garis Panduan Skim Perumahan Berpengawal (Guarded Community) di Negeri Selangor (Penambahbaikan 2016).

     

    Majlis Perbandaran Klang menggunakan Garis Panduan Perumahan Berpagar & Berpengawal (G&G) & Komuniti Berpengawal Majlis Perbandaran Klang telah diluluskan di Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) MPK Bil. 5/2013 pada 7.3.2013 dan dipinda (ditambahbaik) pada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) MPK bil. 20/2017 pda 23.10.2017.

    Majlis Bandaraya Shah Alam menggunakan Garis Panduan Permohonan Skim Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Majlis Bandaraya Shah Alam Edisi Kedua Tahun 2017.

     

     

  2. Sila menyatakan senarai nama pertubuhan/ persatuan yang mendapat kelulusan mengadakan Program Gated and Guarded di kawasan DUN Balakong di bawah kawal selia Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

    Senarai kelulusan Gated & Guarded Community di DUN Balakong

    Bil Nama Taman
    1. Taman Tun Perak, Cheras
    2. Taman Seri Damai
    3. Taman Sri Bahagia, Cheras
    4. D-Exotica Bandar Damai Perdana Fasa 16
    5. Taman Damai Impian, Cheras
    6. Taman Seri Belimbing, Cheras
    7. Bayu Parkville, Taman Balakong Jaya
    8. Taman D’infiniti Damai Perdana
    9. Taman Puncak Saujana
    10. Taman Impian Indah, Balakong
    11. Avenue 4, Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn
  3. Adakah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) meluluskan permohonan Pesatuan Penduduk-penduduk Bandar Damai Perdana 2 bagi tujuan mengadakan Program Gated and Guarded di Seksyen 7, Seksyen 9 dan Seksyen 10, Bandar Damai Perdana, Cheras, Selangor dengan menempatkan pondokpondok pengawal di sebahagian rezab jalan dan juga penutupan jalan awam?

    Pelaksanaan Gated & Guarded Community di Seksyen 7, Seksyen 9 dan Seksyen 10, Bandar Damai Perdana, Cheras tiada kelulusan MPKj kerana kelulusan sediada telah tamat tempoh pada tahun 2011. Pihak Majlis telah mengeluarkan notis kepada Persatuan Penduduk arahan merobohkan pondok pengawal dan mengemukakan permohonan “Guarded Community” kepada MPKj.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.