Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

222) ISU PEMINDAHAN LOVER BRIDGE RESTAURANT DAN OCEAN SEAFOOD RESTAURANT TANJONG SEPAT KUALA LANGAT SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk menempatkan semula pemilik-pemilik Lover Bridge Restaurant dan Ocean Seafood Restaurant di Tanjong Sepat, Daerah Kuala Langat, Selangor ke tempat asal selepas jeti siap dibina?

    Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan pembangunan bagi Cadangan Membina dan Menyiapkan Gerai Makan dan Tapak Rekreasi di Kawasan Jeti Tanjung Sepat seperti di dalam surat dlm.IPK.Sel.8000/AP/05/70Jld.2(55) bertarikh 17.10.17

  2. Apakah pembangunan baru yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri supaya lokasi tersebut dapat menarik lebih ramai pelancong melawat di situ?

    Pembangunan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut :

    • 1 Blok Gerai Makan
    • 1 Blok Ruang Makan
    • 10 Unit Kios
    • 3 Unit Wakaf
    • Dataran tempat letak kereta
  3. Berapakah jumlah kos anggaran yang di salurkan oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan kawasan tersebut dan tarikh siap keseluruhannya pembinaan?

    Jumlah anggaran kos projek adalah sebanyak RM3.2 juta dan dijangka siap dalam masa 18 bulan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.