Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

221) LESEN KEDAI SERBANEKA DI DALAM SUNGAI BULOH-KAJANG MASS RAPID TRANSIT (SBK LINE-MRT)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan senarai nama kedai serbaneka yang beroperasi di kawasan concourse yang merangkumi station-station kawasan Negeri Selangor sahaja.

    Berikut adalah senarai nama kedai serbaneka yang beroperasi di kawasan concourse yang merangkumi station-station kawasan Negeri Selangor dan jumlah bayaran lesen perniagaan dikenakan mengikut PBT masing-masing. Perincian mengikut PBT adalah seperti di Jadual 1.

    Jadual 1 : Senarai nama kedai serbaneka yang beroperasi dan jumlah bayaran lesen perniagaan yang dikenakan di PBT Selangor

    PBT SENARAI NAMA KEDAI SERBANEKA JUMLAH BAYARAN LESEN PERNIAGAAN (RM)
    MBSA CIRCLE K (MALAYSIA) SDN. BHD.

    No. 201A,

    Stesen MRT Sungai Buloh,

    Seksyen U19, Shah Alam

     

    –   Kadar Lesen Perniagaan bagi keluasan < 500 MP

    –   RM280.00

    (Kadar lesen dikenakan mengikut keluasan premis perniagaan tersebut)

    MBPJ Mega Ria Sdn Bhd – Bandar Utama

    Mega Ria Sdn Bhd – Mutiara Damansara

    7-Eleven Malaysia – Surian

    Mega Ria Sdn Bhd – Kota Damansara

    Mega Ria Sdn Bhd – Kg Selamat

     

    –   RM 160 bagi keluasan di bawah 500 meter persegi

    –   RM 360.00 bagi 501 hingga 1000 meter persegi

    –   RM 600.00 bagi 1001 hingga 2000 meter persegi

    MPK Stesen MRT tiada dalam kawasan MPK Tiada
    MPAJ Majlis Perbandaran Ampang Jaya tidak terlibat dalam jajaran Sungai Buloh – Kajang Mass Rapit Transit (SBK LINE-MRT)

     

    Majlis Perbandaran Ampang Jaya tidak terlibat dalam jajaran Sungai Buloh – Kajang Mass Rapit Transit (SBK LINE-MRT)
    MPSJ Kedai Serbaneka 7 Eleven Aktiviti Kedai Serbaneka

    a)   Tidak melebihi 500m2 – RM200.00

    b)   Melebihi 501m2 – RM1,000.00

    c)   1,001m2 hingga 2,000m2 – RM1,500.00

    d)   Melebihi 2000m2 – RM2,000.00

    MPS Stesen MRT tiada dalam kawasan MPS Tiada
    MPKJ 7 Eleven MRT Stadium Kajang

    7 Eleven MRT Bandar Tun Husseion Onn

    7 Eleven MRT Batu 11

    RM180.00
    MPSp Tiada Tiada
    MDKL Tiada Tiada
    MDHS Tiada Tiada
    MDKS Tiada Tiada
    MDSB Tiada Tiada
  2. Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh peniaga untuk mendapatkan lesen perniagaan PBT di kawasan tersebut?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Berapakah jumlah bayaran lesen perniagaan dikenakan bayaran tiap-tiap kedai serbaneka oleh setiap PBT?

    Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh peniaga untuk mendapatkan lesen perniagaan di PBT:

    1. Salinan Kad Pengenalan / Pasport;
    2. Syarikat Sendirian Berhad
    • Borang 9 (Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian);
    • MAA (Memorandum And Articles Of Association) – 1 set;
    • Borang 24 (Pemegang Saham);
    • Borang 49 (Pemilikan Syarikat) atau Syarikat Enterprise / PLT;
    • Borang D (Perakuan Pendaftaran Perniagaan);
    • Maklimat Perniagaan (mempunyai alamat premis dipohon);
    • Maklumat Pemilik Masa Kini atau

    iii.  Sijil pendaftaran persatuan pertubuhan atau kelab;

    1. Perjanjian Penyewaan Premis yang dimatikan setem atau Perjanjian Jual Beli atau Salinan surat tawaran perjanjian penyewaan (perlu cap pesuruhjaya sumpah);
    2. Lakaran Pelan Lantai Premis;
    3. Surat rasmi membenarkan wakil bagi permohonan yang di hantar menggunakan orang perantaraan; dan

    vii. Surat sebab tidak memerlukan iklan (bagi premis yang tidak memohon papan iklan).

Lampiran

Tiada Lampiran.