Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

219) TANAH MILIK YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan secara terperinci, lokasi, jumlah ekar dan nilai semua tanah milik Yayasan Selangor.

    Senarai tanah hakmilik Yayasan Selangor Tahun 2017 adalah seperti di Lampiran A.

    Sebahagian nilai tanah ini hanyalah anggaran yang dibuat berdasarkan nilai tanah kawasan berhampiran, lokasi, potensi tanah, pembangunan kawasan sekeliling dan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan dan Pengurusan Harta (JPPH) setempat. Yayasan Selangor tidak melaksanakan perlantikan Jurunilai Profesional (Professional Valuer) untuk menilai kesemua tanah hakmiliknya kerana proses ini memerlukan kos yang amat besar

  2. Apakah pelan jangka masa panjang Kerajaan Negeri bagi membangunkan semua tanah-tanah berikut?

    Kerajaan Negeri dan Yayasan Selangor ketika ini sedang melaksanakan proses Request For Proposal (RFP) bagi mendapatkan cadangan terbaik untuk melaksanakan projek pembangunan secara usahasama atau pun penyewaan jangka panjang bagi pembangunan agro. Pembangunan ini dilaksanakan berdasarkan kepada permintaan pasaran, kesesuaian lokasi, dan potensi pulangan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Selangor. Di samping itu juga, ia perlu merujuk kepada Rancangan Tempatan Daerah yang berkaitan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.