Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

218) PROGRAM INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK (EIP)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peserta program tersebut.

    Program Intervensi Awal Kanak-Kanak (Early Intervention Programme – EIP) merupakan satu inisiatif yang telah diwujudkan sejak tahun 2017. Dalam usaha mewujudkan masyarakat penyayang, Kerajaan Negeri mengambil langkah dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi menjayakan EIP khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Program ini akan menyediakan pendidikan dan pelbagai jenis terapi seperti physiotherapy, occupational therapy, speech therapy dan hydrotherapy.

    Sehingga Oktober 2017, sebanyak 9 buah institusi telah menerima manfaat program ini dengan bantuan peruntukan seperti berikut:-

    BIL NAMA ORGANISASI / AGENSI JUMLAH
    1. Pusat Asuhan Kanak-kanak Autisme Andra Uphill, Salak Tinggi, Sepang RM50,000.00
    2. Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus Sdn. Bhd., Kota Damansara RM100,000.00
    3. Inisiatif Sokongan Autisme Nouri Berhad (InSaNi), Taman Selayang Utama, Batu Caves RM100,000.00
    4. The National Autism Society of Malaysia, Teluk Pulai, Klang RM100,000.00
    5. The Olive Trees School (TOTS), Bukit Jelutong, Shah Alam RM100,000.00
    6. Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang Selangor, Kajang RM100,000.00
    7. Persatuan Kebajikan Anak-anak Istimewa Selangor (ORKIDS), Petaling Jaya RM100,000.00
    8. Kiwanis Down Syndrome Foundation, Petaling Jaya RM100,000.00
    9. Tadika Nadi Intelek, Denai Alam, Shah Alam RM76,200.00
      JUMLAH RM826,200.00

     

  2. Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi melaksanakan program tersebut

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Sejauh manakah keberkesanan program tersebut?

    Pemberian bantuan peruntukan dari Kerajaan Negeri ini telah banyak membantu institusi-institusi berkenaan dalam membiayai kos yuran pengajian, menampung pendidikan dan perkhidmatan terapi, membiayai kos penambahbaikan dan kos operasi, menaiktaraf kemudahan dan lain-lain.

    Secara tidak langsung melalui pemberian bantuan ini, institusi berkenaan dapat menampung dan membuat penambahbaikan ke atas keperluan kanak-kanak istimewa dalam usaha memupuk dan membimbing mereka dalam meneruskan pembelajaran di bidang akademik, kehidupan seharian dan kemahiran sosialisasi diri serta perkembangan emosi.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.