Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
213) JALAN ROSAK TERUK DI JALAN ACOB DI SEMPADAN DAERAH KLANG DAN KUALA SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah jalan berkenaan yang rosak teruk akan di perbaiki atau di turap semula?
Lokasi tersebut adalah Jalan Akob dan Jalan Bukit Kerayong (sempadan Kuala Selangor/ pelupusan sampah) yang merupakan jalan di bawah penyelenggaraan Jabatan Kerja Raya Klang. Walau bagaimanapun, kerja pembaikan di Jalan Akob telah siap dilaksanakan pada 20 Oktober 2017, melalui Kontrak Berpusat yang telah dilantik.
Berhubung Jalan di Bukit Kerayong, kerja-kerja membaik pulih sebahagian jalan akan dilaksanakan secara kerja sebutharga pada 09/11/2017 dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya pada 22/12/2017. Jabatan ini juga telah menyenaraikan untuk kerja-kerja baik pulih secara keseluruhan di Jalan Bukit Kerayong pada tahun 2018 melalui pihak Kontraktor Berpusat.