Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

210) JETI NELAYAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah jeti nelayan yang berdaftar dan tidak berdaftar di Selangor.

    LUAS masih belum mendaftarkan mana-mana jeti nelayan di dalam Negeri Selangor kerana jeti-jeti yang sedia ada ini masih belum mengemukakan maklumat bagi penggunaan tanah untuk pengeluaran lesen LUAS.

    Jeti-jeti nelayan yang dibina di atas tanah kerajaan perlu mendapatkan kelulusan tanah sama ada Lesen Pendudukan Sementara (LPS) atau secara pajakan tanah daripada Pejabat Tanah. Lesen LUAS hanya akan dikeluarkan apabila kelulusan penggunaan tanah diperoleh.

    Bancian semula jeti nelayan di dalam Negeri Selangor yang dijalankan oleh LUAS mendapati terdapat 969 buah jeti nelayan.

  2. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan jeti nelayan selamat dan tidak uzur?

    Kerajaan Negeri telah meluluskan Pelan Tindakan Pengurusan Jeti Negeri Selangor melalui Mesyuarat MMKN Bil 21/2015 pada 1 Julai 2015 di mana pelaksanaan pelan tindakan adalah seperti berikut:

    • Perobohan bagi jeti yang ditinggalkan atau tidak memenuhi kriteria;
    • Penambahbaikan atau menaiktaraf jeti yang mempunyai potensi dan memenuhi kriteria;
    • Pengurangan bilangan jeti bagi kawasan yang telah mencapai kapasiti maksimum; dan
    • Pengawalan pembinaan jeti baru melalui Jawatankuasa Pengurusan Jeti Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Pengarah LUAS selaras dengan Seksyen 43, Enakmen LUAS, 1999.
  3. Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi memperbaiki jeti nelayan dari 2014-2017

    Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan bagi membaiki dan menaiktaraf jeti nelayan bagi tahun 2014-2017. Walau bagaimanapun, satu peruntukan khas iaitu sebanyak RM3.1 juta telah disalurkan kepada Jeti Nelayan Tanjung Sepat pada tahun 2016.

Lampiran

Tiada Lampiran.