Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

208) PRESTASI PERBELANJAAN JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci prestasi perbelanjaan pembangunan jabatan pertanian yang diumumkan dalam Bajet Selangor 2017.

    Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah diperuntukkan sebanyak RM18 juta jumlah peruntukan bagi tahun 2017. Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan sehingga 26 Oktober 2017 adalah RM15.59 juta (86.62 peratus).

  2. Sejauh manakah perbelanjaan tersebut dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan Jabatan Pertanian Negeri Selangor?

    Melalui jumlah tersebut, Jabatan Pertanian dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik bagi membangunkan sektor pertanian di Selangor. Terdapat 14 fokus utama pembangunan Jabatan Pertanian yang akan ditumpukan antaranya pembangunan industri padi, pembangunan TKPM, pembangunan tanaman kelapa, buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan dan cendawan, pembangunan industri lebah dan kelulut, pembangunan industri asas tani, pembangunan golongan sasar dan kawalan makhluk perosak.

Lampiran

Tiada Lampiran.