Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

206) JENJANTAS DI LALUAN JALAN KUANG UNTUK PELAJAR SEKOLAH

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan tahap keselamatan pelajar lalu lintas di hadapan SK Kuang, SK Seri Kundang dan SMK Seri Kundang yang berhadapan dengan laluan besar?

    MAJLIS PERBANDARAN SELAYAN

    Jalan hadapan SK Kuang adalah merupakan ROW JKR. Manakala jalan hadapan SMK Seri Kundang dan SK Seri Kundang pula di bawah ROW MPS. Jalan ini merupakan single carriageway pergi dan balik dengan purata kelebaran 7 meter yang menghubungkan Kg Melayu Sri Kundang dan Kg Permata. Untuk makluman, pihak MPS telah melaksanakan kerja-kerja menambahbaik jalan tersebut menggunakan peruntukan MARRIS pada tahun 2016. Kerja-kerja penambahbaikan termasuk kerja-kerja menurap semula jalan dan pemasangan perabot jalan. Oleh yang demikian, pembinaan jejantas buat masa ini tiada keperluan mendesak memandangkan kesesuaian dan kelebaran jalan di lokasi.

     

    JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR

    Jalan hadapan SK Kuang adalah Jalan B25 di bawah penyenggaraan JKR. Laluan tersebut merupakan single carriageway (2 lorong 1 hala). Kerja-kerja membaiki jalan dan menaiktaraf aspek keselamatan telah dilaksanakan secara berkala setiap tahun. Laluan lintasan pejalan kaki berlampu isyarat juga telah disediakan bagi memastikan pelajar sekolah dapat melintas jalan tersebut dengan selamat. Oleh itu, tidak terdapat keperluan mendesak untuk membina jejantas pejalan kaki buat masa ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.