Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
205) LAMPU LALULINTAS PERSIMPANGAN SUNGAI BAKAU – BANDAR TASIK PUTERI – KAWASAN PERINDUSTRIAN KUNDANG
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mengatasi kemalangan yang sering berlaku dan kesesakan ketika waktu puncak di persimpangan ini?
Kerja-kerja menaiktaraf Jalan B27 menjadi 2 lorong 2 hala bagi mengatasi kesesakan sedang dilaksanakan secara berfasa bermula dari simpang Kg Sg Bakau ke Simpang Glomac. Kerja-kerja menaiktaraf Jalan B27 dijangka siap sehingga tempoh kontrak 22 Mac 2018.