Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

202) PASAR BASAH

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan semua pasar basah yang terdapat di Selangor mengikut PBT

    Jumlah pasar basah yang terdapat di Negeri Selangor adalah sebanyak 70 buah pasar. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut:

    PBT JUMLAH PASAR BASAH
    MBSA 6
    MBPJ 8
    MPK 4
    MPAJ 5
    MPSJ 5
    MPS 5
    MPKJ 7
    MPSp 4
    MDKL 5
    MDHS 6
    MDKS 7
    MDSB 8
    JUMLAH 70
  2. Apakah pelan jangka masa panjang Kerajaan Negeri untuk penyediaan pasar basah yang selesa dan efisen?

    Pelan jangka masa panjang Kerajaan Negeri untuk penyediaan pasar basah yang selesa dan efisien adalah:

    • Perancangan untuk pembinaan pasar moden dan pasar rakyat;
    • Pemantauan harian ke atas kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor pembersihan;
    • Menyediaan mesin kompos di pasar-pasar PBT bagi mengurangkan penghasilan sampah;
    • Menjalankan tindakan penguatkuasaan bagi pematuhan lesen perniagaan;
    • Menjalankan aktiviti gotong-royong Bersama-sama peniaga;
    • Penyediaan pusat penyembelihan berpusat bagi memberi keselesaan kepada pengunjung; dan
    • Menyediakan peruntukan bagi penyelenggaraan pasar-pasar yang telah dibina.
  3. Nyatakan jumlah peruntukan bagi menaiktaraf pasar basah dari 2014-2017 mengikut PBT

    Jumlah peruntukan bagi menaiktaraf pasar basah dari 2014-2017 mengikut PBT adalah seperti berikut:

    PBT JUMLAH PERUNTUKAN NAIKTARAF PASAR BASAH (RM) JUMLAH (RM)
    2014 2015 2016 2017
    MBSA 1,330,7666.4 13,307,666.40
    MBPJ 3,510,000.00 1,700,000.00 2,300,000.00 7,510,000.00
    MPK 300,000.00 300,000.00
    MPAJ   5,530,000.00 5,530,000.00 11,060,00.00
    MPSJ 125,561.00 125,561.00
    MPS 50,712.00 143,190.00 444,326.00 257,921.76 896,149.76
    MPKJ 100,000.00 100,000.00 200,000.00 200,000.00 600,000.00
    MPSp 695,500.00 777,353.00 100,000.00 200,000.00

     

    1,772,853.00
    MDKL 19,994.00 324,992.00 323,101.42 708,904.96

     

    1,376,992.38
    MDHS 50,000 50,000 50,000 300,000 450,000.00
    MDKS 100,000.00 100,000.00 200,000.00 400,000.00 800,000.00
    MDSB 158,862.73 208,532.70 128,436.50 43,208.00 539,039.93

     

Lampiran

Tiada Lampiran.