Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

201) TANAH PERKUBURAN CINA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah tanah perkuburan Cina di Selangor mengikut daerah

    Kerajaan Negeri melalui PLANMalaysia@Selangor telah menyediakan Laporan Inventori Tanah Perkuburan Negeri Selangor, 2010. Berdasarkan laporan tersebut, sebanyak 96 tapak perkuburan Cina telah dikenalpasti dan pembahagiannya mengikut daerah adalah seperti berikut:

    BIL. DAERAH JUMLAH (LOT)
    1. Petaling 11
    2. Klang 10
    3. Gombak 15
    4. Hulu Langat 17
    5. Sepang 5
    6. Kuala Langat 8
    7. Kuala Selangor 5
    8. Hulu Selangor 19
    9. Sabak Bernam 6
      JUMLAH KESELURUHAN 96

    Pihak Kerajaan Negeri juga turut menyediakan tapak perkuburan wilayah bersepadu (PWB) untuk menampung keperluan dan permintaan tapak perkuburan Cina.

  2. Apakah bantuan Kerajaan Negeri untuk memastikan tanah perkuburan terurus dengan sempurna?

    Dalam memastikan tanah-tanah perkuburan tersusun dan sempurna, Kerajaan Negeri mempunyai Akaun Amanah Perkuburan Negeri Selangor bagi mengurus dan membangunkan tanah-tanah perkuburan. Permohonan peruntukan melalui Akaun Amanah ini boleh dibuat melalui Pejabat Tanah dan Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi melaksanakan kerja-kerja yang berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.