Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
185) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah terkini Bas Smart Selangor mengikut PBT.
Perkhidmatan Bas Smart Selangor yang bermula pada 1 Julai 2015 dengan sebelas (11) buah bas di tiga kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) kini telah berjaya diperluaskan ke sebelas kawasan PBT yang lain di Negeri Selangor, kecuali Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai perkhidmatan bas percuma dikenali PJCitybus. Dalam tempoh dua tahun pelaksanaan, Bas Smart Selangor kini mempunyai 30 laluan dengan 100 buah bas. Jumlah Bas Smart Selangor mengikut PBT adalah seperti berikut:
Bil. PBT JUMLAH LALUAN JUMLAH BAS 1. Majlis Bandaraya Shah Alam 5 22 2. Majlis Perbandaran Subang Jaya 4 16 3. Majlis Perbandaran Klang 2 8 4. Majlis Perbandaran Ampang jaya 3 11 5. Majlis Perbandaran Kajang 3 8 6. Majlis Perbandaran Selayang 2 10 7. Majlis Perbandaran Sepang 3 10 8. Majlis Daerah Kuala Langat 2 4 9. Majlis Daerah Kuala Selangor 2 4 10. Majlis Daerah Sabak Bernam 2 3 11. Majlis Daerah Hulu Selangor 2 4 JUMLAH 30 100 Manakala bagi PJ City Bus yang juga secara percuma dan dibiayai sepenuhnya oleh MBPJ, sebanyak 4 laluan disediakan dengan jumlah bas sebanyak 24 buah bas seperti berikut:
LALUAN BILANGAN BAS PJ01 10 PJ02 4 PJ03 4 PJ04 4 JUMLAH 22 -
Berapakan jumlah kos pembelian dan penyelenggaraan bas dari tahun 2014- 2017?
Kos bagi pelaksanaan Bas Smart Selangor sejak tahun 2015 hingga 2017 adalah sebanyak RM43 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM34 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri yang disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengurus serta memantau perkhidmatan Bas Smart Selangor yang dikendalikan oleh syarikat operator perkhidmatan bas yang dilantik, manakala sebanyak RM9 juta adalah daripada peruntukan PBT sendiri. Kos yang ditanggung sebanyak RM800.00 sehari bagi sebuah bas merupakan kos penyewaan yang merangkumi kos pengurusan dan penyelenggaraan bas. Oleh itu, tiada kos pembelian bas oleh Kerajaan Negeri manakala kos penyelenggaraan adalah termasuk di dalam kos penyewaan yang menjadi tanggungjawab sepenuhnya syarikat operator bas yang dilantik.
-
Nyatakan jumlah pengguna Bas Smart Selangor dari 2014-2017 mengikut PBT
Sejak dilancarkan pada 1 Julai 2015 hingga 30 September 2017, penumpang Bas Smart Selangor di 30 laluan telah mencapai 11 juta orang. Jumlah penumpang Bas Smart Selangor mengikut tahun pelaksanaan adalah seperti berikut:
- Tahun 2015 (mulai 1 Julai 2015) : 546,661 penumpang
- Tahun 2016 : 4,163,654 penumpang
- Tahun 2017 (sehingga 30 September 2017) : 7,120,722 penumpang
Butiran penumpang mengikut PBT adalah seperti di berikut:
Bil. PBT Jumlah Penumpang 1. Majlis Bandaraya Shah Alam 2,766,305 2. Majlis Perbandaran Subang Jaya 2,337,483 3. Majlis Perbandaran Klang 1,457,198 4. Majlis Perbandaran Ampang jaya 936,827 5. Majlis Perbandaran Kajang 1,617,110 6. Majlis Perbandaran Selayang 1,473,947 7. Majlis Perbandaran Sepang 357,625 8. Majlis Daerah Kuala Langat 355,108 9. Majlis Daerah Kuala Selangor 158,956 10. Majlis Daerah Sabak Bernam 137,330 11. Majlis Daerah Hulu Selangor 233,148 JUMLAH 11,831,037