Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
181) SPIES
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejak diperkenalkan dari tahun 2008, siapakah contoh atau tokoh SPIES yang telah berjaya dilahirkan dengan memiliki pencapaian yang luar biasa?
Program SPIES adalah program pengupayaan atau membudayakan insan (empowering) tidak bertujuan untuk melahirkan seorang tokoh tetapi menekankan kepada pembentukan masyarakat madaniah yang bersivil dan beradab melalui proses pembentukan karakter dan potensi melalui elemen Spiritual, Physical, Intelek, Emosi dan Sosial.
Hasil daripada pelaksanaan Program SPIES sehingga tahun 2014 juga telah melahirkan kumpulan Briged Amal Negeri Selangor yang merupakan satu produk Alumni SPIES dan contoh kepada keberkesanan pelaksanaan Program SPIES. Oleh itu, dengan berkonsepkan Generasi Cakna Rakyat kumpulan Briged Amal ini diterapkan dengan eleman-eleman kepedulian sosial yang mampu memainkan peranan penting dalam setiap aktiviti masyarakat di Negeri Selangor.
-
Apakah penambahbaikan struktur modul yang dilakukan sesuai dengan keperluan Generasi Z?
Susulan daripada eleman yang diterapkan dalam program SPIES, konsep dan kandungan Program INSAN telah dibuat penambahbaikan dari segi struktur modul yang lebih fokus dan kontemporari dengan menekankan model Integrated Holistik Education System (IHES) merangkumi modul untuk semua Generasi termasuk Gen Z bertujuan untuk melahirkan Rakyat Selangor dengan karakter Idaman menggunakan 23 potensi INSAN. 9 kluster sasaran termasuk Gen Z bermula Pelajar Sekolah Rendah, Menengah, Pelajar IPT serta golongan Belia telah terlibat dalam program INSAN ini.
Berdasarkan konsep dan matlamat pelaksanaan Program INSAN jelas menunjukkan program ini bertujuan untuk memastikan kemenjadian insan yang mempunyai jatidiri, mempunyai kemahiran, pegetahuan dan pengalaman yang dapat menjadikan kehidupan yang seimbang dan secara tidak langsung dapat mengawal diri mereka sendiri.
-
Berapakah kos keseluruhan bagi melaksanakan Program SPIES?
Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan dalam anggaran 7 juta untuk tempoh 7 tahun bermula tahun 2008 sehingga 2014 untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan program SPIES dan program pembangunan modal insan yang meliputi keperluan bagi merancang dan melaksanakan program seperti karnival kerjaya (Selangor Job Fair) dan program pembangunan modal insan yang lain.