Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
171) HASIL PAKIR KENDERAAN MPKJ
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mohon menyatakan jumlah tempat letak kereta (pakir) dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengikut taman/kawasan
Jumlah tempat letak kereta (pakir) dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berjumlah 19,388 petak meliputi Bandar Kajang, Bandar Baru Bangi, Batu 11, Cheras, Bandar Sungai Long dan Bandar Mahkota Cheras.
-
Berapakah hasil pakir yang dipunggut sejak lima tahun yang lepas?
Hasil pakir yang dipunggut sejak lima tahun yang lepas seperti berikut:-
Perkara Tahun 2013 Tahun 2014 Tahun 2015 Tahun 2016 Tahun 2017 Hasil sewaan petak pakir RM342,006.75 RM342,006.72 RM342,006.75 RM721,871.48 RM1,551,174.40 -
Berapa banyak kawasan/ taman baru serta jumlah petak yang diwartakan sebagai tempat letak kereta pada tahun 2017?
Tiada kawasan/ taman baru serta jumlah petak yang diwartakan sebagai tempat letak kereta setakat ini pada tahun 2017.