Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

167) BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pendapatan dan perbelanjaan bangunan tersebut dari 2012- 2016.

    Jumlah pendapatan dan perbelanjaan bangunan tersebut dari 2012-2016 adalah seperti berikut:-

    TAHUN PENDAPATAN (RM’JUTA) PERBELANJAAN

    (RM’JUTA)

    2016 1.00 1.07
    2015 0.96 1.21
    2014 0.20 0.94
    2013 0.22 1.88
    2012 3.74 1.39
  2. Apakan inisiatif Kerajaan Negeri mengembalikan kegemilangan bangunan tersebut yang terletak di kawasan tumpuan utama?

    Yayasan Selangor telahpun mengambil beberapa langkah bagi mengembalikan semula kegemilangan bangunan tersebut antaranya dengan mengadakan kajian perancangan semula pembangunan bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang iaitu dengan mengadakan pembangunan secara usahasama dengan pemaju melalui ‘Request for Proposal’ (RFP) bagi memanfaatkan kos keseluruhan pembangunan bagi memastikan ianya seiring dengan pembangunan sekeliling yang dapat memberikan pulangan maksimum kepada Yayasan Selangor.

    Cadangan penuh RFP tersebut telahpun di peringkat akhir yang akan dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri dalam masa terdekat.

Lampiran

Tiada Lampiran.