Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

163) SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah SRA yang terdapat di Selangor mengikut daerah.

    Jumlah SRA yang terdapat di Selangor sehingga September 2017 mengikut daerah:

     

    BIL DAERAH JUMLAH
    1. Klang 29
    2. Petaling 24
    3. Hulu Langat 33
    4. Gombak 12
    5. Kuala Selangor 33
    6. Kuala Langat 24
    7. Hulu Selangor 20
    8. Sepang 18
    9. Sabak Bernam 31
    JUMLAH 224
  2. Nyatakan jenis bantuan yang diberikan Kerajaan Negeri kepada SRA.

    Kerajaan Negeri telah menyediakan bantuan seperti berikut:

    • Perjawatan guru (tenaga pengajar)
    • Pembantu Tadbir Gred N19 bagi sekolah SRA gred A
    • Pembersih kawasan sekolah
    • Pengawal keselamatan sekolah gred A
    • Buku teks bagi murid SRA
    • Baik pulih bangunan sekolah yang terpilih
    • Sebahagian buku rujukan mengajar

     

  3. Nyatakan jumlah peruntukan kepada SRA dari 2014-2016.

    Jumlah peruntukan kepada SRA dari 2014-2016 adalah seperti berikut:

    Tahun Peruntukan (RM)
    2014 7,300,000.00
    2015 10,029,392.00
    2016 9,325,275.75

     

Lampiran

Tiada Lampiran.