Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

160) PENERBITAN OLEH UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI (UPEN)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah fokus penerbitan oleh pihak UPEN?

    Fokus penerbitan oleh pihak UPEN adalah pemakluman tentang status dan data-data ekonomi negeri.

  2. Nyatakan senarai penerbitan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk rujukan dan sebaran sejak 2013 hingga kini.

    Antara penerbitan yang diterbitkan oleh UPEN bagi tujuan rujukan dan sebaran sejak 2013 hingga kini adalah seperti berikut:

    1. Laporan Demografi (2013)
    2. Laporan Ekonomi 2013/2014 (2014)
    3. Laporan Ekonomi 2014/2015 (2015)
    4. Laporan Ekonomi 2015/2016 (2016)
    5. Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor (PIPANS) (2016)
    6. Pelan Tindakan Teknologi Hijau 2015-2018 (2016)

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.