Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
153) CUKAI PINTU TERTUNGGAK
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah cukai pintu tertunggak dari 2014-2017
a) dan b)
Jumlah bilangan pegangan yang gagal menjelaskan cukai taksiran adalah sebanyak 621,635 pemilik pengangan dan pecahan mengikut PBT bagi tunggakan cukai taksiran sehingga 30 September 2017 adalah jadual berikut:
BIL. PBT JUMLAH TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN BILANGAN PEGANGAN 1. MBSA 21,184,758,.72 30,695 2. MBPJ 29,375,188.00 33,393 3. MPK 41,640,966.43 69,768 4. MPAJ 57,960,937.00 57,053 5. MPSJ 7,500,000.00 176,000 6. MPS 8,980,000.00 44,000 7. MPKj 13,161,083.10 85,034 8. MPSp 25,094,092.78 39,347 9. MDKL 11,805,386.50 20,733 10. MDHS 16,320,317.00 35,720 11. MDKS 3,400,000.00 26,075 12. MDSB 825,699.99 3,817 JUMLAH 237,248,429.52 621,635 -
Nyatakan jumlah penama yang gagal membayar cukai pintu mengikut PBT.
-
Bagaimanakah kaedah Kerajaan Negeri untuk mengutip cukai tertunggak tersebut?
Bagi memastikan perkhidmatan PBT di tahap yang optimum, Kerajaan Negeri telah menggariskan sasaran tahunan yang perlu dikutip oleh setiap PBT iaitu sebanyak 90% bagi Cukai Pintu Semasa dan 70% bagi Tunggakan Cukai Pintu dan ianya sentiasa dipantau melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan yang diadakan secara berkala iaitu 4 kali setahun dan dipengerusikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.