Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
151) PRESTASI PERBELANJAAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci prestasi perbelanjaan pembangunan JAIS yang diumumkan dalam Bajet Selangor 2017.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak RM128.5 juta telah diperuntukan kepada JAIS pada tahun 2017 bagi tujuan perbelanjaan pembangunan (P14). Sehingga 19 Oktober 2017, pihak JAIS telah membelanjakan sebanyak RM68,893,343.45 (53.61%) untuk tujuan tersebut. Pihak JAIS mengunjurkan perbelanjaan sebanyak 95% sehingga akhir tahun ini.
-
Nyatakan keberkesanan peruntukan ini dalam membantu JAIS.
Merujuk kepada peruntukan yang disediakan kepada JAIS bagi tujuan perbelanjaan pembangunan, keberkesanan peruntukan ini dapat dilihat melalui perbelanjaan yang telah digunakan yang mana pihak JAIS dapat melaksanakan projek-projek yang telah dirancang seperti pembangunan baru, baikpulih dan menaiktaraf masjid, surau, sekolah agama dan Pejabat Agama Islam Daerah dan akhirnya masyarakat dapat menikmati kemudahan yang lebih selesa.