Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

150) LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah kutipan zakat di Negeri Selangor dari tahun 2013-2017

    Jumlah kutipan zakat di Negeri Selangor dari tahun 2013-2017 adalah seperti berikut:

    *JUMLAH KUTIPAN ZAKAT DARI TAHUN 2013-2017

    Jenis Tahun
    2013 2014 2015 2016 *2017
    Pendapatan 308,984,578 350,144,739 386,038,371 415,006,003 207,068,490
    Perniagaan 92,713,771 108,015,978 117,294,669 123,326,670 118,209,697
    Simpanan 33,957,712 34,056,383 38,081,402 43,368,956 29,203,710
    Saham 9,714,550 10,785,562 10,164,047 10,284,282 8,006,907
    KWSP 7,927,337 9,112,087 9,724,947 12,598,513 8,710,375
    Emas 2,358,429 2,433,929 2,501,603 2,759,502 1,705,647
    Perak 55,565 135,337 50,870 86,588 80,961
    Harta 39,155,226 44,273,298 39,287,437 41,631,708 23,805,666
    Tanaman 2,877,304 2,703,196 2,528,327 2,396,353 1,046,695
    Ternakan 19,442 30,941 54,053 38,490 18,698
    Fitrah 19,541,361 20,564,439 21,495,047 22,239,217 23,659,998
    JUMLAH KESELURUHAN 517,305,275 582,255,890 627,220,773 673,736,282 421,516,844

    Nota:        i) Data belum diaudit.

    1. ii) Jumlah kutipan bagi tahun 2017 adalah bagi tempoh Januari – Julai 2017.

     

     

  2. Nyatakan bentuk-bentuk pengagihan dan jumlah yang terlibat bagi tahun 2013- 2017

    Bagi memastikan pengagihan zakat ini dapat disalurkan menyeluruh dan berkesan kepada lapan asnaf yang layak, LZS telah mengagihkannya melalui lima Program Pembangunan Utama iaitu:

     

    1. Program Pembangunan Sosial

    Merupakan mekanisme bagi menjamin kehidupan berkualiti asnaf. Ia meliputi aspek perlindungan atau perumahan, keperluan hidup, kebajikan ummah secara umum. Antara bantuan yang diberikan adalah bantuan makanan bulanan, bantuan baik pulih dan bina rumah, bantuan perubatan dan sebagainya, mengikut kelayakan yang ditetapkan.

     

    1. Program Pembangunan Pendidikan

    Ia merupakan program yang membantu asnaf untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Melalui program ini, LZS membentuk anak-anak asnaf sebagai generasi kedua, generasi cemerlang yang mampu membawa keluarga keluar daripada kemiskinan melalui pembiayaan pendidikan bermula dari peringkat pra persekolahan hinggalah ke IPTA/IPTS terpilih.

     

    1. Program Pembangunan Insan

    Ia dirangka demi membangunkan aspek spiritual asnaf. Ia meliputi aspek motivasi, sikap dan kekeluargaan dengan penekanan menerusi kursus-kursus kerohanian, tahsinul ibadah, tahsinul qiraat, kursus keibubapaan dan sebagainya.

     

    1. Program Pembangunan Ekonomi

    LZS menjadikan program ini sebagai salah satu jalan keluar bagi menangani kemiskinan. Ia ibarat memberi ‘pancing’ kepada asnaf. Bantuan ini disediakan dalam bentuk bantuan modal dan peralatan kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf yang berpotensi menjadi usahawan.

     

    1. Program Pembangunan Institusi Agama

    Bantuan zakat yang disalurkan bertujuan menjamin kebajikan dan keselesaan, Melalui dana zakat, ia dapat membantu memenuhi tanggungjawab sosial dalam memberi kemudahan dan keselesaan berbentuk prasarana untuk keperluan ummah.

     

    Jumlah agihan zakat yang telah disalurkan melalui lima program pembangunan ini dapat dilihat pada perincian berikut:

     

    *JUMLAH AGIHAN ZAKAT DI SELANGOR DARI TAHUN 2013-2017

     

    TAHUN JUMLAH (RM)
    2013 463,472,826
    2014 595,745,640
    2015 676,047,579
    2016 697,494,013
    *2017 267,938,884

                                                         Nota:   i) Data belum diaudit.

    1. ii) Data bagi tahun 2017 adalah sehingga bulan Julai 2017.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.