Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

146) JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR (JKR)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci prestasi perbelanjaan pembangunan JKR yang diumumkan dalam Bajet Selangor 2017.

    Prestasi perbelanjaan pembangunan (P12) sehingga 20 Oktober 2017 adalah 41.79% bersamaan RM162,984,471.83 dari jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM390,000,000.00.

  2. Sejauh manakah peruntukan ini dapat membantu JKR menyelesaikan masalah?

    Peruntukan pembangunan ini sangat membantu pihak JKR dalam melaksanakan projek pembangunan infrastruktur di Selangor yang melibatkan agihan sepertimana berikut:

     

    • Kerja membaikpulih cerun seluruh Selangor
    • Membina jambatan dan jejantas
    • Menaiktaraf lampun jalan dan lampu isyarat dan lampu jalan.
    • Meningkatkan aspek keselamatan jalan.
    • Pengambilan balik tanah
    • Membina jalan baru
    • Menaiktaraf jalan sedia ada.
    • Membina dan menaiktaraf bangunan seluruh Selangor.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.