Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
144) PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah fokus utama dan halatuju PNSB?
Fokus utama dan halatuju PNSB adalah menjadi sebuah syarikat pembangunan dan pelaburan hartanah di Negeri Selangor yang menjalankan aktiviti seperti pengurusan hartanah, perkhidmatan insuran dan lain-lain perkhidmatan. Dalam masa yang sama, PNSB masih menguruskan sebahagian projek-projek usahasama dan tanah-tanah yang dimiliki oleh pihak MBI.
-
Apakah PNSB terlibat dengan sebaran usahasama dengan swasta?
Ya, PNSB terlibat dalam usahasama dengan beberapa syarikat swasta yang berkelayakan bagi pembangunan hartanah.
-
Berapakah jumlah keuntungan dari usahasama tersebut?
Merujuk kepada Laporan Kewangan beraudit PNSB untuk tahun 2016, jumlah keuntungan hasil usahasama dengan syarikat-syarikat swasta yang dicatatkan dalam tahun 2016 adalah sebanyak RM7,663,402.22.