Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

135) ATLET SELANGOR BERJAYA DI SUKAN SEA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan atlet pemenang pingat Sukan Sea Kuala Lumpur yang telah dikenalpasti bakatnya oleh MSN Selangor dan adakah Kerajaan berhasrat mengembangkan model pembangunan atlet-atlet ini kepada sukan lain?

    Seramai 139 orang atlet Selangor yang telah memenangi pingat di Sukan Sea KL 2017 yang lalu. Berikut adalah senarai pemenang-pemenang pingat tersebut:-

     

     

     

     

     

     

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah membuat perancangan untuk pengembangan dengan merangka model baru pembangunan sukan bermula 2016-2020 iaitu untuk tempoh lima (5) tahun.

    Model pembangunan sukan yang berteraskan kepada konsep 2i iaitu integrate dan incorporate lebih memfokuskan pembangunan sukan untuk semua peringkat bermula dari akar umbi dan juga ianya melibatkan agensi-agensi yang menjalankan program pembangunan sukan secara langsung mahupun tidak langsung di Selangor ini. Ia juga melibatkan pengaktifan Majlis Sukan Daerah yang akan menjadi nadi pelaksanaan program-program pembangunan sukan di seluruh Negeri Selangor.

    Buat masa ini, model baru ini adalah yang bersesuaian dengan keadaan dan status terkini dalam bidang sukan yang dilihat semakin kompetitif.

    Model pembangunan atlet ini juga adalah untuk digunapakai dan diaplikasikan kepada semua sukan yang terlibat iaitu sukan-sukan yang di bawah persatuan negeri yang bergabung dengan pihak Majlis Sukan Negeri Selangor.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.