Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

127) PROJEK TEBATAN BANJIR DALAM KAWASAN RAWANG

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah peruntukan untuk projek-projek tebatan banjir dan pemuliharan sungai dalam kawasan Rawang bagi tahun 2008-2017.

    Jumlah peruntukan untuk projek-projek tebatan banjir dan pemuliharaan sungai dalam kawasan Rawang bagi tahun 2008-2017 adalah seperti berikut:

    BIL. MUKIM TAHUN TAJUK PROJEK JUMLAH PERUNTUKAN

    (RM)

    1.

     

     

     

    Rawang 25.2.2014

    Hingga

    13.6.2016

    Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Bandar Rawang Fasa 2, Mukim Rawang, Daerah Gombak Selangor Darul Ehsan

    –           Projek Telah Siap

     

    3,283,102.50

    2. Rawang 23.7.2013

    Hingga

    23.7.2014

    Kerja-kerja Menaiktaraf Sg. Rawang di Kg. Dato’Lee Kim Sai (Missing Link), Mukim Rawang, Daerah Gombak

    –          Projek Telah Siap

     

    2,227,365.00

    3. Rawang 2.8.2013

    Hingga

    1.8.2014

    Pembinaan Sistem Saliran Taman Garing Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan

    –          Projek Telah Siap

     

    1,060,730.00

    4. Rawang 25.11.15 hingga

    13.2.2018

    Projek Menaik Taraf Anak Sungai Rawang Fasa 2 dan Kolam Takungan Taman Garing Bagi Mengatasi Banjir Serta Kerja-kerja Berkaitan Di Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor

    –          Projek Dalam Pembinaan

     

     

    3,419,162.50

    5. Rawang 9.12.2015

    Hingga

    10.11.2017

    Projek Menaiktaraf Sg. Bakau Serta Kerja-kerja Berkaitan Di Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan

    –          Projek Dalam Pembinaan

     

    3,580,362.00

    6. Rawang 9.12.2015

    Hingga

    17.4.2018

    Projek Menaiktaraf Sg. Gong dan Pembinaan Kolam Takungan Banjir Serta Kerja-kerja Berkaitan Fasa 1 Di Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan

    –          Projek Dalam Pembinaan

     

    7,641,328.00

    7. Rawang 16.8.2017

    Hingga

    14.8.2017

    Projek Menaik Taraf Anak Sungai Kuang Di Bandar Baru Kundang Bagi Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kuang Fasa 1 Rawang, Daerah Gombak, Selangor

    –          Projek Dalam Pembinaan

     

    12,976,986.40

    8. Rawang 24.8.2017

    Hingga

    27.12.2018

    Membina dan Menyiapkan Jambatan Jalan Kuala Garing Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan-Pakej 1 Rancangan Tebatan Banjir Sungai Rawang Fasa 2 Daerah Gombak Selangor Darul Ehsan.  

    6,090,837.38

    JUMLAH KESELURUHAN 40,279,873.78
  2. Senaraikan sungai-sungai yang ada dalam kawasan Rawang dan apakah perancangan JPS untuk menghijaukan kawasan tebing sungai bagi mewujudkan lebih banyak ruang rekreasi untuk penduduk tempatan

    Senarai sungai-sungai yang ada dalam kawasan Rawang adalah seperti berikut:

    1. Sungai Rawang
    2. Sungai Gapis
    3. Sungai Kanching
    4. Sungai Sepakat
    5. Sungai Kenanga
    6. Sungai Pajam
    7. Sungai Garing
    8. Sungai Kuang
    9. Sungai Kundang
    10. Sungai Air Hitam
    11. Sungai Sembah
    12. Sungai Guntong
    13. Sungai Mangga

    Pihak JPS telah mengeluarkan kerja-kerja berkala bagi pembersihan dan pemotongan rumput di tebing dan di dalam kawasan rizab dan ianya diselenggara setiap tahun. Kawasan-kawasan tersebut meliputi jalan-jalan protokol  dan kawasan tebing berhampiran jambatan.

    Bagi mewujudkan kawasan-kawasan rekreasi pula pihak jabatan akan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya sekiranya ada pihak-pihak seperti Jabatan Landskap di bawah PBT ingin menjadikan kawasan rizab sungai sebagai tempat riadah bagi penduduk tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.