Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
120) PELAN TINDAKAN DENGGI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Selangor mempunyai pelan tinndakan membasmi denggi? Nyatakan
Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan akan mengeluarkan satu Blueprint Denggi Negeri Selangor pada tahun 2018 bagi memastikan kes demam denggi akan berada di tahap terkawal.
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri Selangor dalam berkongsi dan menurunkan informasi tentang Pelan tindakan ini kepada masyarakat awam dan pihak berkepentingan?
Setelah siap, Kerajaan Negeri akan mengedarkan maklumat ini kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan semua pihak yang berkaitan secara meluas agar semua pihak turut bersama-sama mengambil pe
-
Apakah KPI bagi memastikan bahawa Pelan Tindakan ini telah tercapai?
Antara perkara-perkara yang ditumpukan untuk menangani demam denggi adalah seperti :
- Tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan di lorong belakang;
- Tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan di premis barang lusuh;
- Melaksanakan Program Smart Tapak Bina iaitu tapak bina bebas aedes;
- Melaksanakan Program Ops Bersepadu Denggi;
- Melaksanakan Program Unit Tindakan Khas Denggi (UTKD); dan
- Melaksanakan Program Ahli Majlis dan Denggi.