Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
119) CSR AIR SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah sumbangan Air Selangor dan SYABAS dalam mememberikan perkhidmatan semasa program gotong royong diadakan oleh masyarakat khususnya dalam program pembasmian pembiakan nyamuk Aedes dan denggi
Pihak Air Selangor terlibat secara langsung dalam memberikan sumbangan dalam bentuk sukarelawan wargakerja, bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki air, tangki-tangki statik, minuman air botol dan sumbangan jamuan ringan.
-
Berapa programkah yang pihak Air Selangor telah terlibat?
- Pihak Air Selangor telah terlibat dalam dua belas (12) aktiviti bersama masyarakat dalam program gotong royong membersihkan kawasan sepanjang tahun 2017 (seperti senarai yang dilampirkan).
No Wilayah Perkara Sumbangan Tarikh 1 Gombak Program Gotong Royong bersama Ahli Qariah, Surau Al Mukmin Selayang Sejati, Selayang i. Sukarelawan Wargakerja Air Selangor 1 Jan 2017 2 Gombak Program Jalinan Mesra dan Gotong royong bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) , Kg. Orang Asli Ulu Batu, Ulu Yam i. 2 unit tangki statik 21 Jan 2017 3 Hulu Langat Program gotong-royong bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta Daerah Hulu Langat susulan daripada kejadian banjir kilat di Taman Semenyih Permata, Jalan Sungai Lalang, Semenyih i. 2 unit lori tanki air ii. Sukarelawan Wargakerja Air Selangor
23 Mac 2017 3 Hulu Langat Program gotong-royong bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta Daerah Hulu Langat susulan daripada kejadian banjir kilat di Taman Semenyih Permata, Jalan Sungai Lalang, Semenyih i. 2 unit lori tanki air ii. Sukarelawan Wargakerja Air Selangor
23 Mac 2017 4 Klang / Shah Alam Program Gotong Royong bersama Wakil Rakyat & Penduduk Pangsapuri Sri Nipah i. 1 unit lori tanki air ii. Sukarelawan Wargakerja Air Selangor
23 April 2017 5 Kuala Selangor Program Gotong Royong Perdana Bersama Penduduk dan Persatuan Lavendar Ville, Puncak Alam i. 1 unit lori tanki air ii. Sukarelawan Wargakerja Air Selangor
7 Mei 2017 6 Hulu Selangor Program Gotong Royong Pencegahan Denggi bersama agensi Kerajaan dan Persatuan Penduduk Kuala kubu Bharu i. Sukarelawan Wargakerja Air Selangor 11 Mei 2017 7 Gombak Program Gotong Royong bersama Penduduk membersihkan kawasan di Taman Sri Gombak i. 5 katon air minuman ii. Sumbangan Jamuan Ringan
iii. Sukarelawan Wargakerja Air Selangor
21 Mei 2017 8 Kuala Langat Program Gotong Royong membersihkan Balai Cerap Bukit Jugra i. 1 unit lori tanki air ii. Sukarelawan Wargakerja Air Selangor
24 Mei 2017 9 Sabak Bernam Kempen Gotong Royong Mencegah Denggi di Taman Harmoni, Taman Sekinchan anjuran KKM i. Sukarelawan Wargakerja Air Selangor 8 Julai 2017 10 Hulu Langat Program Gotong Royong bersama penduduk Taman Impian Ehsan, Balakong i. 1 unit lori tanki air ii. Sukarelawan Wargakerja Air Selangor
17 Sept 2017 11 Klang / Shah Alam Program Gotong Royong bersama Persatuan Penduduk Flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam i. 1 unit lori tanki air ii. Sukarelawan Wargakerja Air Selangor
30 Sept 2017 12 Klang / Shah Alam Program Gotong Royong bersama penduduk Pangsapuri Ken Rimba, Rimba Jaya, Sek. 16, Shah Alam i. 1 unit lori tanki air ii. Sukarelawan Wargakerja Air Selangor
15 Okt 2017 -
Nyatakan jenis bantuan yang diberikan
Jenis jenis bantuan yang diberikan:-
- Sukarelawan Wargakerja Pengurusan Air Selangor
- Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki air
- Bantuan bekalan air melalui tangki-tangki statik
- Sumbangan air minuman botol dan jamuan ringan.