Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
118) KESELAMATAN PENGGUNA KERETAPI
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Memandangkan sistem pengangkutan keretapi pelbagai jenis amat penting di Selangor, apakah Kerajaan Negeri Selangor dilibatkan bersama pihak KTM dalam menentukan kecukupan infrastuktur juga kemudahan awam khususnya di sepanjang laluan Komuter stesyen. Nyatakan peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam di dalam kawasan stesen komuter adalah tertakluk di bawah fungsi dan kawalan Perbadanan Aset Keretapi (PAK) yang bertanggungjawab dalam mengurus, mengawal selia dan menyenggara semua aset keretapi. Kerajaan Negeri juga tidak dilibatkan bersama pihak PAK mahupun Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam menentukan kecukupan infrastruktur dan juga kemudahan awam khususnya di kawasan stesen. Namun begitu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan sentiasa memberikan kerjasama dalam memastikan keperluan keselamatan dan kemudahan laluan pengguna komuter disediakan dengan baik.
-
Banyak kemalangan jiwa telah berlaku di sebabkan tiada tembok penghalang dan jejantas khas yang disediakan oleh pihak KTM khususnya di sepanjang laluan Batu Tiga, Shah Alam, Padang Jawa. Apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam menguatkuasakan keselamatan pengguna oleh KTM??
Kawalan keselamatan dan pemasangan pagar keselamatan sepanjang landasan laluan keretapi adalah di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sepenuhnya. Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan keselamatan sepanjang jajaran landasan keretapi di Stesen Padang Jawa & Stesen Batu Tiga. Namun begitu pihak MBSA boleh dari semasa ke semasa akan memaklumkan kepada pihak KTMB untuk memastikan aspek keselamatan di landasan dan stesen-stesen keretapi sentiasa dipantau untuk mengelakkan kemalangan.