Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

107) PERUNTUKAN BANTUAN SEKOLAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan bantuan Sekolah Kerajaan Negeri yang telah diagihkan mengikut pecahan SJK(T), SJK(C) dan Sekolah Agama?

    Jumlah peruntukan yang telah diagihkan kepada SJK (T), SJK (C) Sekolah Agama pada tahun 2017 seperti perincian yang berikut :

    Bil. Jenis Sekolah Peruntukan
    1 Sekolah Agama Rakyat RM9 juta
    2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina RM7 juta
    3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil RM5 juta
    4 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Mubaligh RM1 juta
    Jumlah keseluruhan RM22 juta

     

Lampiran

Tiada Lampiran.