Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
94) PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR DESA DAN DAERAH
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan perpustakaan desa dan daerah sehingga kini?
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor merangkumi 103 pusat perkhidmatan diseluruh Selangor yang terdiri daripada satu (1) Perpustakaan Pusat iaitu Perpustakaan Raja Tun Uda, tujuh (7) perpustakaan daerah, empat (4) perpustakaan cawangan, sepuluh (10) perpustakaan pekan, tujuh puluh dua (72) perpustakaan desa dan sembilan ( 9 ) perpustakaan bergerak.
Peruntukan bagi membina seunit perpustakaan desa baharu adalah RM450,000.00 seunit. Kerajaan Negeri didalam RMKe 11 (2016-2020) telah memperuntukan RM2,250,000.00 iaitu dengan pecahan bagi membina satu (1) unit perpustakaan baru setiap tahun.
Senarai perpustakaan baru sejak 2008 adalah:
Bil Perpustakaan Tahun Catatan 1.
Perpustakaan Bukit Beruntung, Hulu Selangor
2010
Pangsapuri
2.
Perpustakaan Sri Manja, Petaling Jaya
2010
Lot Kedai 1 tingkat
3.
Perpustakaan Ampang Waterfront, Hulu Langat
2011
Bina Baru
4.
Perpustakaan Sri Perantau, Klang
2011
Flat perumahan
5.
Perpustakaan Pandan Jaya, Hulu Langat
2012
Balairaya
6.
Perpustakaan Kajang Hulu Langat
2013
Lot Kedai 3 tingkat
7.
Perpustakaan Sg Udang, Klang
2014
Bina baru
Dalam Kemajuan
8.
Perpustakaan Taman Mawar, Ampang
2017
Balairaya
9.
Perpustakaan Kampung Lindungan, Petaling Jaya
2017
Bina baru (kontena)
10.
Perpustakaan Taman Sri Medan Sijangkang.
2017
Bina baru (kontena)
- a) Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah ditubuhkan melalui Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 1968 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan No. 5, bertarikh 27 Mac 1969, Warta Kerajaan No.7, 1975 (pindaan) serta Warta Kerajaan No. 29, 2011 (pindaan)
Perkhidmatan perpustakaan di Negeri Selangor bermula pada tahun 1971. Sehingga kini terdapat 102 perpustakaan meliputi 1 perpustakaan ibu pejabat, 7 buah Perpustakaan Daerah, 4 Perpustakaan Cawangan, 10 Perpustakaan Pekan, 56 buah Perpustakaan Desa Negeri dan 16 Perpustakaan Desa di bawah Perpustakaan Negara Malaysia serta 9 unit Perpustakaan Bergerak. Perpustakaan Awam Selangor mempunyai 79 pusat perkhidmatan bagi perpustakaan kategori daerah & desa diseluruh Selangor yang terdiri daripada pecahan perpustakaan mengikut kategori perpustakaan daerah & desa bagi setiap daerah adalah sebagaimana berikut:
Daerah Perpustakaan Daerah Perpustakaan Desa
Jumlah Petaling – 4 4 Klang 1 4 5 Kuala Langat 1 9 10 Kuala Selangor 1 11 12 Sabak Bernam 1 22 23 Hulu Langat 1 7 8 Hulu Selangor 1 7 8 Gombak 1 2 3 Sepang – 6 6 Jumlah 7 72 79 Senarai perpustakaan kategori Daerah & Desa mengikut daerah masing-masing adalah seperti berikut:-
PERPUSTAKAAN DAERAH PETALING DAERAH DESA 1 Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam 1 2
3
4
Perpustakaan Desa Kuang Perpustakaan Desa Kg. Sg. Pelong
Perpustakaan Desa Kubu Gajah
Perpustakaan Desa Kg Lindungan, Petaling Jaya
DAERAH KLANG DAERAH DESA 1 Perpustakaan Daerah Klang 1 2
3
4
Perpustakaan Komuniti Sri Perantau Perpustakaan Desa Meru
Perpustakaan Desa Pulau Indah
Perpustakaan Desa Bukit Kapar
DAERAH KUALA LANGAT DAERAH DESA 1 Perpustakaan Sultan Abdul Samad 1 2
3
4
5
6
7
8
9
Perpustakaan Desa Jenjarom Perpustakaan Desa Olak Lempit
Perpustakaan Desa Sri Jugra
Perpustakaan Desa Kg Endah
Perpustakaan Desa Sijangkang
Perpustakaan Desa Ladang Batu
Perpustakaan Desa Batu Laut
Perpustakaan Desa Sg Kelambu
Perpustakaan Desa Kg Morib
DAERAH KUALA SELANGOR DAERAH DESA 1 Perpustakaan Daerah Kuala Selangor 1 2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
Perpustakaan Desa Parit Mahang Perpustakaan Desa Ijok
Perpustakaan Desa Sg. Gulang-Gulang
Perpustakaan Desa Sri Tiram Jaya
Perpustakaan Desa Bukit Badong
Perpustakaan Desa Jeram
Perpustakaan Desa Assam Jawa
Perpustakaan Desa Puncak Alam
Perpustakaan Desa Estet Tunku Abd Rahman
Perpustakaan Desa Bukit Kerayong
Perpustakaan Desa Sg Sireh
DAERAH SABAK BERNAM DAERAH DESA 1 Perpustakaan Daerah Sabak Bernam 1 2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
Perpustakaan Desa Parit Baru Perpustakaan Desa Binjai Jaya
Perpustakaan Desa Parit 14
Perpustakaan Desa Parit 8
Perpustakaan Desa Bagan Terap
Perpustakaan Desa Bagan Nakhoda Omar
Perpustakaan Desa Pasir Panjang
Perpustakaan Desa Sg. Air Tawar
Perpustakaan Desa Batu 2, Sepintas
Perpustakaan Desa Kg. Banting
Perpustakaan Desa Sg. Apong
Perpustakaan Desa Tebuk Berihun
Perpustakaan Desa Taman Muhibbah
Perpustakaan Desa Batu 4 Sepintas
Perpustakaan Desa Batu 38
Perpustakaan Desa Simpang Lima
Perpustakaan Desa Tebuk Mufrad
Perpustakaan Desa Tebuk Pulai
Perpustakaan Desa Parit 6
Perpustakaan Desa Kg Parit 11
Perpustakaan Desa Kg Parit 7
Perpustakaan Desa Taman Setia Jaya
DAERAH HULU LANGAT DAERAH DESA 1 Perpustakaan Daerah Hulu Langat 1 2
3
4
5
6
Perpustakaan Desa Lembah Jaya Perpustakaan Desa Batu 14, Hulu Langat
Perpustakaan Desa Cheras Baru / Taman Mawar
Perpustakaan Desa Beranang
Perpustakaan Desa Kg. Pandan
Perpustakaan Desa Kg. Melayu Ampang
Perpustakaan Desa Mahkota
DAERAH HULU SELANGOR DAERAH DESA 1 Perpustakaan Syed Mashor 1 2
3
4
5
6
7
Perpustakaan Komuniti Bukit Beruntung Perpustakaan Desa Sg. Selisih
Perpustakaan Desa Sg. Choh
Perpustakaan Desa Sg. Masin
Perpustakaan Desa Kerling
Perpustakaan Desa Kalumpang
Perpustakaan Desa Kg Serigala
DAERAH GOMBAK DAERAH DESA 1 Perpustakaan Daerah Gombak 1 2
Perpustakaan Desa Al-Syakirin Perpustakaan Desa Kemensah
DAERAH SEPANG DAERAH DESA TIADA
1 2
3
4
5
6
Perpustakaan Desa Bukit Bangkong Perpustakaan Desa Kg. Sg. Merab
Perpustakaan Desa Jenderam Hilir
Perpustakaan Desa Kg. Dato’ Ahmad Razali
Perpustakaan Desa Bagan Lalang
Perpustakaan Desa Hulu Chuchoh
- b) Berikut adalah spesifikasi standard keluasan bagi kategori perpustakaan yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia:
BIL JENIS PERPUSTAKAAN CADANGAN KELUASAN MPS KPS 1. Perpustakaan Negeri 11,152 120,000 2. Perpustakaan Daerah 5,576 60,000 3. Perpustakaan Cawangan 2,137 23,000 4. Perpustakaan Pekan/Komuniti A (Bangunan)
1,394 15,000 Perpustakaan Pekan/Komuniti A (Rumah Kedai)
139-465 1,500 – 5,000 Perpustakaan Pekan/Komuniti A (Pusat Beli Belah)
112-139 1,204 -1,500 5. Perpustakaan Desa A 139 1,500 Perpustakaan Desa B 121 1,300 Perpustakaan Desa C 93 1,000 Sumber Rujukan: Garis Panduan Standard Ruang Lantai Perpustakaan Awam Tahun 2015 oleh Perpustakaan Negara Malaysia
Perkhidmatan yang akan disediakan di Perpustakaan meliputi:
- Koleksi Am
Koleksi buku-buku bacaan yang terkini bagi keperluan semua golongan pembaca meliputi golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa.
- Rujukan Dan Penyelidikan
Koleksi buku-buku rujukan, ilmiah yang terkini meliputi juga koleksi CD dan jurnal serta langganan pengkalan data yang bersesuaian untuk penyelidikan
- Internet dan Multimedia
Disediakan juga kemudahan komputer dan wifi bagi melayari internet secara percuma
- Perkhidmatan Kanak-kanak
Disediakan pelbagai buku dan multimedia bagi merangsang pendidikan kanak-kanak yang berupa zon kreatif dan edutainment (iaitu gabungan education dan entertainment).
- Koleksi Khas; Industri Penerbangan
Sebagai sebuah negeri yang mempunyai lapangan terbang yang diantara terhebat di dunia iaitu KLIA dan KLIA2 maka Perpustakaan Cawangan Sepang ini akan menghimpunkan koleksi-koleksi spesifik berkaitan industri penerbangan dan aeroangkasa.
- Koleksi Khas; warga emas
Koleksi untuk warga emas dan pesara juga akan diberi tumpuan bagi mengekalkan golongan ini menjadi sahabat perpustakaan dan menjadi tempat yang dapat memberikan manfaat kepada mereka untuk tujuan menghabiskan waktu terluang juga menambahkan ilmu keagamaan.
- Koleksi Khas Untuk Kolej, IPTA dan IPTS
Disediakan juga koleksi bagi memenuhi keperluan pembelajaran dan penyelidikan bagi pelajar kolej dan IPTA serta IPTS yang berhampiran.
- Pusat Siber Rakyat
Sebuah bilik khas yang dilengkapi dengan computer dan multimedia pagi program dan bengkel kemahiran IT dikalangan pengguna.
- Bilik Seminar dan bilik perbincangan
Bilik seminar dan bilik perbincangan adalah untuk kemudahan masyarakat mengadakan program dan aktiviti diperpustakaan.
- Ruang Pertemuan (meeting area)
Disediakan ruang santai bagi membolehkan pengguna membuat pertemuan dan perbincangan perbagai bentuk tugasan dan penyelidikan.
- Surau
Sebagai kemudahan kepada pengguna beragama Islam, disediakan surau wanita dan lelaki.
- Kafetaria
Disediakan juga kafetaria sebagai satu kemudahan kepada pengunjung perpustakaan untuk berada diperpustakaan seharian
- Fasiliti Untuk Keibubapaan (parenting)
Perpustakaan Cawangan Sepang ini juga akan menyediakan ruangan khas bagi kemudahan ibu dan bayi (nursing room).
- Fasiliti Untuk Orang Kurang Upaya
Fasiliti dalam pelbagai aspek juga akan melihat kepada keperluan golongan OKU dan perpustakaan akan menjadi mesra pengguna kepada golongan istimewa ini.
-
Berapakah perbelanjaan membina seunit perpustakaan desa yang baru dan bilangan telah dibina sejak 2008? Senaraikan.