Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

82) MASALAH BANJIR DI GOMBAK UTARA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah JKR mempunyai rancangan untuk menaiktaraf longkang-longkang jalan dari Batu 7 Gombak hingga ke Batu 12 yang telah menyebabkan banjir kilat di kawasan terbabit?

    Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan FT68 di bawah penyelenggaraan Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Pihak JKR Selangor telah memohon peruntukan kepada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Ibupejabat JKR Malaysia pada 19 Oktober 2017 di bawah anggaran Penyelenggaraan Jalan bagi tahun 2018 untuk sistem longkang ini diselenggara.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.