Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
78) PROJEK PENEBATAN BANJIR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan semua projek beserta nilai projek untuk mengatasi masalah banjir di Kg Sg Udang, Kg Delek dan Kg Telok Gadong sejak 2008.
Semua projek beserta nilai projek untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sg Udang, Kampung Delek dan Kampung Telok Gadong sejak 2008 adalah seperti jadual di bawah:
Bil Nama Projek Kos Projek Tarikh Mula/Siap
Status 1. Projek Tebatan Banjir Di Telok Gadong Daerah Klang RM8,097,722.66 7/3/2017 4/9/2018
Jadual : 29% Sebenar : 25%
Kelewatan : 4%
2. Kerja-kerja Pembinaan Kolam Takungan Banjir Di Teluk Gadong Daerah Klang RM2,109,559.00 23/7/2017 28/5/2018
Jadual : 43% Sebenar : 16%
Kelewatan : 27%
3. Kerja-kerja menaiktaraf Sistem Saliran Di Jalan Yadi RM6,300,000.00 – Penyediaan Tender. Telah dimohon menggunakan P13 pada tahun 2018.
4. Menaiktaraf Pintu Air Sg Pinang Kg Pulau Indah RM3,000,000.00 – Perlantikan Perunding