Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

74) PERUNTUKAN UNTUK MENGGALAKAN PELANCONGAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan program khusus beserta bajet Kerajaan Negeri bagi menggalakkan pelancongan pelbagai sektor di Pulau Ketam, Sg Lima, Bagan Hailam.

    Kerajaan Negeri Selangor telah memberi peruntukan kepada Majlis Perbandaran Klang sebanyak RM20,000.00 untuk Program International Festival Art Ketam di Pulau Ketam.

     

  2. Apakah dalam perancangan projek pelancongan Kerajaan Negeri untuk kawasan di atas?

    Perancangan Majlis Perbandaran Klang untuk projek/program pelancongan di Pulau Ketam adalah seperti berikut:-

    1. Program Memancing di Pulau Ketam.
    2. Aktiviti Island Hopping Tour di Pulau Ketam.
    3. Lawatan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang diusahakan oleh penduduk tempatan.
    4. Karnival Fotografi.
    5. Program memancing di Sungai Lima (Perkampungan Nelayan).
    6. Makanan seafood di Bagan Hailam.

Lampiran

Tiada Lampiran.