Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
53) PERUNTUKKAN MARRIS
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jelaskan prestasi perbelanjaan peruntukan MARRIS bagi tahun 2017 oleh jabatan/ agensi masing-masing.
Sebagai makluman, Kerajaan Negeri menerusi Perbendaharaan Negeri telah meluluskan sejumlah RM600 juta sebagai Siling Peruntukan MARRIS Tahun 2017. Perbendaharaan Negeri selanjutnya menerima permohonan secara case by case basis dari agensi pelaksana untuk mendapatkan Siling Tambahan berjumlah RM20,790,428.40. Sehubungan itu, Siling Peruntukan MARRIS Tahun 2017 (Dikemaskini) sehingga 15 Oktober 2017 adalah berjumlah RM620,790,428.40. Secara keseluruhan, prestasi perbelanjaan peruntukan MARRIS tahun 2017 telah pun mencapai 85% dari jumlah siling dikemaskini berdasarkan perbelanjaan oleh agensi pelaksana seperti perincian di jadual di bawah:-
Jadual 1: Ringkasan Prestasi Perbelanjaan Peruntukan MARRIS Tahun 2017 Mengikut Agensi Pelaksana (Setakat 15 Oktober 2017)
Bil. Agensi Pelaksana Siling Asal (RM) Tambah/ Kurang
(RM)
Siling Dikemaskini (RM)
Perbelanjaan (RM) (%) 1. Pejabat Daerah / Tanah (PDT) 29,696,557.00 (2,000,000.00) 27,696,557.99 21,208,705.06 76.6 2. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 372,303,443.00 20,790,428.40 393,093,871.40 348,082,437.59 88.5 3. JKR Selangor 196,000,000.00 0.00 196,000,000.00 154,673,046.66 78.9 4. JPS Selangor 2,000,000.00 2,000,000.00 4,000,000.00 3,505,152.38 87.6 JUMLAH BESAR 600,000,000.00 20,790,428.40 620,790,429.39 527,469,341.69 85.00 Nota:-
- Perbelanjaan bagi PDT, PBT dan JPS Selangor merujuk kepada nilai Surat Setuju Terima (SST) yang telah di award kepada kontraktor.
- Perbelanjaan bagi JKR Selangor adalah pembayaran sebenar kepada kontraktor mengikut nilai kerja yang telah siap disempurnakan.