Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
49) PEWARTAAN KUALA KUBU BHARU SEBAGAI WARISAN NEGARA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan tempat-tempat di Kuala Kubu Bharu yang telah diwartakan sebagai warisan negara.
Sehingga tahun ini, tempat di Kuala Kubu Bharu yang telah diwartakan sebagai warisan negara adalah Makam Saiyid Mashor bin Mohammad Ash-Shahab. Ia telah diwartakan sebagai Tapak Warisan (Bangunan) di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
-
Nyatakan usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mewartakan pekan Kuala Kubu Bharu sebagai warisan negara.
Kerajaan Negeri senantiasa berusaha untuk memelihara tempat-tempat yang mempunyai nilai sejarah dan warisan di Selangor agar ia akan terus terpelihara untuk tatapan generasi akan datang. Antara tempat yang dilihat sebagai mempunyai nilai sejarah yang tinggi di Selangor adalah Pekan Kuala Kubu Bharu. Sehubungan itu, PADAT telah melaksanakan satu kajian lapangan di Kuala Kubu Bharu dan beberapa tapak telah dikenal pasti di kawasan Bukit Kutu antaranya adalah bekas tinggalan chimney dan struktur bangunan tinggalan British. Bagi tujuan itu, PADAT akan membawakan cadangan tapak ini kepada Jabatan Warisan Negara untuk didaftarkan sebagai tapak warisan negara.